Friday, May 8, 2009

Masa terus berlalu..

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah.. dengan izinNya aku masih bernyawa. Atas izinNya jua aku masih menikmati segala nikmat yang telah dikirimkan buat ku. Syukur yang tak terhingga.

Masa terus berlalu dan tak mungkin akan kembali lagi. Filem2 atau cerita animasi kembali ke zaman silam hanyalah khayalan manusia saja.. -atau mmg ada yg berjaya ke zaman silam? aku tak tau pulak.

Hari ni bergerak sehari lagi, tak sampai sebulan pun lagi aku akan meninggalkan bumi anbiya' yang bertuah ini. Terasa sayu juga, lebih2 lagi aku akan pulang ke tanah air sendirian, suami perlu teruskan perjuangan sehingga tamat semua urusan sarjananya. InsyaAllah akan menyusul pulang ke tanah air paling lewat sebulan setengah selepas aku.

Perjuangan perlu diteruskan. Komitmen perlu dilunaskan. Berat bagaimana sekali pun, ia perlu ditempuh dengan tabah. Bukankah Allah sangat suka pada hambaNya yang bersungguh-sungguh.

Berada di bumi Jordan genap 10 bulan tentu punya banyak cerita. Cuma mungkin aku tak rajin sangat untuk berkongsi dalam setiap coretan. Tapi terasa rugi juga tidak mencatatkannya secara sistematik. Mana tahu ia boleh dijadikan panduan pada masa akan datang.

InsyaAllah urusan tiket pulang ke tanah air dalam proses diperingkat majikan suami. Kalau tiada aral melintang aku akan pulang sekali dengan pasangan pengantin baru Ustaz Mus'ab dan Ain. Sekurang2nya aku berteman. Terima kasih kepada adik2 berdua itu yang tak kisah aku bersama2 dalam perjalanan mereka.



3 Ogos 2008 - KLIA. Akhirnya... setelah lebih setahun setengah menunggu, dapat juga aku menyusul. Tak lama lagi dah nak balik Malaysia pula..



.....................................................




Menjadi perkara biasa buat kami berdua, lewat2 hari untuk berjauhan, hati mudah tersentuh, bahasa mudah diambil peduli, tindakan juga janganla tersilap, nnt cepat saja terasa hati. Walaupun istilah "perkahwinan jarak jauh" sudah terlalu biasa buat kami, tapi mengulanginya lagi tentu terasa perit.

Sekali lagi kami akan mengulanginya. Ya.. berjauhan lagi.. Berjauhan bererti lebih banyak pengorbanan. Aku dengan urusan seharian ku. Suami pula dengan urusan sehariannya. Sendiri2.

Pulang saja ke Malaysia nnt, aku tak punya waktu rehat yang panjang, aku kembali dengan tugas2 di Sabak Bernam, Selangor. Malah insyaAllah, selang beberapa hari, aku sudah perlu memandu sendiri ke Ipoh utk urusan kerja di sana selama 2 minggu.

Doa yang aku sentiasa panjatkan tentunya kekuatan, kesihatan dan keselamatan yang berpanjangan. Lebih-lebih lagi ketika itu kandungan ku mencecah 34 minggu insyaAllah. Mudah-mudahan aku mampu menyelesaikan semua amanah dan urusan dengan kemas.

Pulang dari Ipoh, aku perlu pula memastikan semua urusan hospital dan persiapan menyambut kelahiran anak sulung kami. Semuanya perlu ku lakukan di atas kaki ku sendiri - berdikari. Bukan beerti suami tidak kisah. Tidak sama sekali. Malah ku cukup mengenalinya sebagai insan yang terlalu prihatin atas setiap yang berlaku atas diri ku. Tapi, inilah perjuangan. Perjuangan yang kelihatannya kecil, tapi aku yakin, ia punya kesan signifikan untuk masa hadapan.

Aku berjuang untuk berada di landasan kerjaya yang ku pilih. Begitu juga suami. Kami harap, mudah2an apa yang sedang kami lalui dapat dijadikan bekal berguna untuk terus tegar ke arah mendidik anak bangsa yang soleh dan positif.

InsyaAllah, paling lewat seminggu sebelum 'due' suami akan pulang ke tanah air. Walaupun harapan ku untuk sama2 menyaksikan sesi munaqasyah (viva)nya tidak tercapai, tapi doa ku pasti sentiasa mengiringi dari jauh. Mudah2an segalanya dipermudahkan dan alangkah bagusnya jika ia membawa kepada keputusan "naajih biduni ta'dil" - berjaya tanpa sebarang ralat. Rabbana yassirlana umurana ya Allah...
Moga kami terus kuat untuk melangkah...








8 comments:

  1. insyaallah...semoga semuanya selamat sejahtera....so sweet waiting for the new born!!!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah khair semuanya..

    Ara, insyaAllah moga segala pengorbanan tu akan membuahkan sesuatu yang amat2 membahagiakan suatu hari nanti..besar tu pahalanya insyaAllah.. moga kalian sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan dalam redhaNYA selalu!

    amat tersentuh story ni..
    aku pun rasa sedih sayu ko nak balik dah...walaupun aku sokmo cakap dlm nada gelak aku tuh..tapi..hanya Allah yg Maha Tahu..huhu..

    take care selalu! x sabo tgu baby ko lak..hihii

    ReplyDelete
  3. insyaallah, semoga dipermudahkan..Da bersalinkan Afeeq pun sendiri tau..gi hospital naik ambulan..hubby out station,kes baby x sabo nak kuar,cepat 3 minggu.Azankan pun lalu handphone..nengok ambulan kat jalan sekarang ni mesti gelak sakan dengan naufal, dia pun naik gak ambulan 2,sebab anta dia ke nursery dulu..

    ReplyDelete
  4. Insya Allah bi khair Ara, kata orang tua-tua, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

    Semua 'sakit-sakit' semasa hubby buat MA dulu masih 'terasa' dan menjadi panduan akak dan anak-anak sepanjang hayat.

    ReplyDelete
  5. to Nani: Amiinnn... mudah2an semuanya lancar. Apsal blog n fs tak update? Dok dlm facebook lak ek? Cik abang balik cuti dari Dubai ni mesti sonok sangat kan.. :) Kiss untuk amir..

    ReplyDelete
  6. To Ayu: He3, aku pun nak cakap dengan nada gelak - cover sedey, aku pun sayu nak tinggalkan Amman ni tau!, walaupun slalu jek "perang" dengan org2 arab, rindu nak makan Malaysian food, tp Amman tetap ada nostalgianya yang tersendiri..

    Amiinnn ya rabb, trima kasih atas doa..

    ReplyDelete
  7. to feeda: ye ke... hek3, mesti naufal sama2 cuak, agaknya klu dia boleh luahkan prasaan masa tu mesti dia cakap "apala adik ni, tak sbr2 nak kuar, tunggula abi balik" keh3

    ReplyDelete
  8. to suweileh family: betul tu kak ina, experience is the best teacher. Mudah2an urusan kita semua dipermudahkanNya.. amiinnn..

    ReplyDelete