Wednesday, May 27, 2009

Lambatnya


Assalamualaikum wrt wbt,


Org lain dah berkurun upload cerita sepanjang Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung PPMAJ, saya pula baru nak upload. Kawan2 yang minta saya send gambar2 sepanjang program pun masih belum dapat dipenuhi. Minta maaf la ye, kena bagi priority laptop ni pada tuan punya tesis. Takleh kacau kerap2.. :)


Dipendekkan cerita, Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung PPMAJ yang berlangsung pada 22 Mei 2009 di Hutan Simpan Dibeen yang lepas sangat meriah dan memang seperti sebuah keluarga besar berkumpul. Tahun2 akan datang boleh la buat lagi.. Kami yang balik Malaysia tahun ni, tengok gambar kat laman rasmi PPMAJ je la lepas ni..





Perjalanan ke Hutan Simpan Dibeen dipenuhi dengan ladang zaitun

Padang ragut kambing pun ada

Sejurus sampai di Hutan Simpan Dibeen, Umi Ina siap2 buka bekal yang dibawa, anak2 kecik setia menanti, anak2 dewasa pun tumpang sekaki :)

Menikmati sarapan pagi yang Umi Ina sediakan, nyum2!



Sweet little Nuha pun breakfast juga

Program dimulakan dengan Al-Fatihah dan taklimat umum oleh Ustaz Mahyuddin



Disusuli tazkirah bertajuk "Husnu Zhon" - Bersangka baik. Pengisian ringkas yang sangat bermakna.


Acara bermula - Sukaneka - Isi air dlm botol guna byk bhn, ada tangan, span, kain, pinggan dan kertas. Pandai2 la nak pindahkan air guna bahan2 tu.



Lepas tu, baling belon berisi air pula, kumpulan mana yang dapat jarak paling jauh, dikira sebagai pemenang



Acara ke3 - Makan2, cari clue, buat ayat. Tak taula kenapa, makan syammam laju2 masa tu menyelerakan betul!



Tgh cari clue - ingatkan besar, rupanya sebesar daun je, guna kertas warna hijau pulak tu, mencabar2...


Tak puas ati ye... Hi3

Acara 4 - Draw n Guess, jenuh kumpulan 1 dapat soalan dari kumpulan 4 - gegak-gempita, gilang-gemilang etc - camne nak lukis tu?


Last - "Iron Chef Amman" - Kumpulan 3 menang first place! So, kat rumah sekarang ada iron chef.. weeeee bleh ar slalu buat alasan nak makan sedap air tangan iron chef amman ni! ^_^

Sembang anak beranak - apala yang diusiknya Qud tu, nampak hubby macam tengah menyakat je.. :)
Jangan tak percaya - kumpulan 4 juara keseluruhan! Ni kumpulan org pompuan ni


Lepas solat jumaat n lunch, AGM pun bermula - kepimpinan sesi 08/09 (tiada dlm gambar, Ustaz Khairi, Ustaz Hani dan Ustazah Nazirah)

Kepimpinan yang baru untuk sesi 09/10 pula

Abis AGM baru la start BBQ - ayam, kambing n ikan. Sedap!

Begitulah Hari Keluarga kami... meriah dengan semangat kekeluargaan. Moga ukhuwwah yang terjalin kekal selamanya.. Aminn

No comments:

Post a Comment