Assalamualaikum wrt wbt..
Meniti hari2 genapnya 10 bulan aku berada di bumi Jordan, alhamdulillah syukur tak terkata kerana diberi kesempatan olehNya menikmati 4 musim yang lengkap dan indah. Aku sampai ke sini pada penghujung musim panas. Walaupun dihujung2 musim, tetapi terasa juga bahang dan silaunya sebab masa tu cuaca agak terik, ditambah pula dengan udara yang kering.
Depan bangunan parlimen Jordan - panas dan silau (berhenti kat sini sebab ada fountain kat sblh tu, sejuk sket ^_^)
G mana2 pun mesti bawa bekal air mineral. Cepat sangat haus. Tapi yang seronoknya ketika inilah banyak pokok buah-buahan mengeluarkan hasil. Aku yang memang 'hantu' makan buah, dapatla pulun makan anggur yang fresh2 dan manis. Walaupun nampaknya hijau dan muda, tapi manis rasanya.
Nyum2.. lazizah jiddan!
Salah sebuah rumah kat sini - bila musim panas, meriah betul pokok anggurnya
Hubby pulak mmg dah tau sgt perangai isterinya ni. So, stok buah mmg tak putus la. Kejap buah anggur, kejap buah tin, pastu balah (kurma muda) pula, buah aprikot fresh.. n mcm2 lagi lah. Puas hati betul. Seronok dapat tukar angin makan buah2an Jordan pula.
Pokok buah tin yang tengah merimbun Close up sket buah tin kat pokok
Yang ni dah masak - ready to eat!
Ni la 'balah' - kurma muda, rasanya manis2 kelat
Tapi dalam banyak2 pokok yang berbuah, ada satu pokok yang sampai sekarang aku tak pasti apa namanya. Buahnya pun aku tak pernah makan lagi. Tapi yang pasti warnanya memang cantik sangat.
Ni la pokoknya - ada sape2 yang tau apa namanya?
Cantik warna buahnya - mulanya ingatkan buah peach, tapi bukan la.. ke ini buah prun? Ntah!
Ok, sekarang ni sebenarnya tengah peralihan musim bunga ke musim panas semula. Jadi awal2 ni dah banyak juga buah2 yang best. Buah iskandania, strawberi, 'karas' (ceri muda), 'luth' (katanya badam muda - not very sure la), 'bittih' (tembikai) n 'syammam' (honey dew) banyak sangat orang jual. Memang puas la makan buah2 ni.
Buah iskandania - sedap! masam2 manis
Buah 'luth' - masam, tapi bila makan dengan 'cili belacan' memang tak toleh kiri kanan dah
Yang ni pun sodaaaappppp
Sori, buah karas n strawberi tak sempat nak snap. Mulut dah snap dulu. Sedap sangat!
..............................................................
Berakhir musim panas, masuk pula musim luruh. Masa ni pokok2 anggur yang awalnya hijau segar, gugur satu persatu daunnya. Pokok buah tin dan pokok2 lain dah tak sehijau masa musim panas. Jadi togel tinggal ranting2 je. Buah2an yang sedap2 dan manis pun semakin berkurangan. Tapi yang paling imun skali pokok zaitun la.. aku tengok tak gugur2 pun daunnya. Subhanallah..
Pokok zaitun yang maintain jek
Buah zaitun yang dah masak ranum - boleh tuai dah ni
Pokok anggur pun dah mula kering
Pokok2 yang tak semangat - musim luruh la katakan - location: Universiti Ali Bait, Mafraq
Tapi agak berbeza sikit kat Mu'tah, tetap menghijau walaupun musim luruh - location: Universiti Mu'tah, Mu'tah.
.................................................................
Musim bergerak lagi. Datang pula musim sejuk. Sebenarnya ni la musim yang aku dok tunggu2 sangat. Yelah, aku mana la pernah main salji kan.. Tengok gambar jek. Sehari demi sehari cuaca makin sejuk. Dari pakai baju selapis dua, jadi empat lima lapis. Sejuk sangat. Terutamanya di kawasan Sweileh ni. Kalau kat Amman ni Sweileh antara tempat yang paling sejuk.
Dari tak bergantung kepada sobah (heater), jadi bergantung pula. Nak amik air sembahyang, mandi dan apa2 je yang berkait dengan bilik air, make sure sobah dah pasang. Kalau tak alamat menggigil-gigil la.
Hari demi hari aku menunggu bila la snow nak turun ni. Hubby kata tahun ni macam tak turun je.. Hu3.. sebab hujan pun tak turun2. Tunggu punya tunggu, sampaila dipenghujung musim dah, barula turun snow.. Tp nipis je, tak tebal. Jadi harapan nak main baling2 snow ball, snow man etc tinggal angan2 aku je la.
Salji dah turun!!!!
Masa tengah lebat
Tapi sekejap je, so tak la tebal. Matahari naik, salji pun mula cair...
Konon hajat dihati teringin la nak main2 + posing macam kat bawah ni. Tapi takde rezki nak rasa salji tebal tahun ni, takpela..
Snow 2007 - aku kat Malaysia masa ni - dok la jeles bila dpt tgk gambar je..
Subhanallah - aku suka sangat gambar ni
Jeles tul! Lagi2 tgk org tu senyum lebar jek..
He3, ni gambar Shahrul n Marwah - kononnya tahun ni teringinla nak amik gambar camni kan..
Tapi apa pun alhamdulillah, sekurang2nya dapat juga aku menikmati pemandangan indah masa salji yang putih bersih tu turun. Masa tu sanggup dok kat balkoni. Hubby gelak je. "Siannya isteri abang tak dapat main salji" - ayat hubby yang menusuk kalbu. Hu3.
......................................................................
Habis dah musim sejuk, cuaca mula panas hari demi hari. Musim bunga menyusul pula. Bunga-bunga yang berwarna-warni mula mekar - cantik sangat!. Memang geram je dibuatnya.
Pokok buah2an yang togel pun mula berbunga. Ala2 sakura gitu. Bila bunga gugur barulah diganti dengan pucuk2 muda yang akhirnya nnt akan mula menghasilkan buah2 yang manis pula.
Amacam? Macam kat Korea tak?
Red roses, nasib baikla kat rumah orang, kalau kat rumah sendiri, mmg kena petik dah
Purple
Purple lagi
Merah menyala
Bunga ros lagi
Dan lagi - depan Markaz Ilaf Qurani
Bentuk bunga ni macam kita cantumkan sisa raut pensel
Lagi2 roses...
Bunga kebangsaan Jordan - Black Iris - Tapi yang ni purple iris (salah satu spesis iris gak)
Bunga penuh kat ranting2
Macam bunga seri pagi
Fresh! I like it!
...............................................................................
Bila memerhatikan kejadian alam ni. Subhanallah... Indahnya. Kalau kita di Malaysia, pemandangan hijau perkara biasa. Tapi di sini, sebuah negara padang pasir yang tandus, Allah hadiahkan pula dengan keindahan 4 musimnya. Subhanallah3.. Hebatnya Allah yang Maha Mencipta sesuatu. Sempurna dan adil pada tempatnya.
Berada di negara orang tentu punya banyak cerita. Lebih2 lagi jika tak kedapatan di bumi tanah air sendiri. Tapi bak kata org2 tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. pastu sambung sendiri la.. he3. Aku tetap rindu pada Malaysia..
ara, kalau kat mesir dulu memang mabuk2 la makan buah2an import ni..murah pulak tu..faraulah, burtuqol 0.70 ursh (sen) je sekilo! Anggur pun murah2..rindunya rasa..masa ngandungkan naufal ntah nape teringin beno dengar orang arab jerit "bittikh..bittikh.." sampai sanggup email aruah adik (radzi), tepon da kalau dengar orang jual bittikh kat bawah shaah..hik3..agaknya sebab 2 naufal suaranya kuat..
ReplyDeletesalji xde, cuma sejuk yang amat sangat..masa 2 berat da naik 60kg! (sama berat ngandung naufal 9 bulan)apa taknya, duk dalam lihaf, ngafal subjek sambil makan2..dan makan2..nasib baik sempat turunkan berat badan sebelum naik pelamin..hik3..ntah bila la dapat rasa p jordan macam ara ek..
salam ara..
ReplyDeletehohoo.. maaflah kalu asyik2 aku je masuk dlm box comment ko tiap2 posting..kih3x.. :p
subhanallah!! mmg syukur sgt2 dpt rasa duk negara org dapat rasa 4 musim lagi!!buah fresh2x,, alhamdulillah...!!
tp kan ara, nak betulkan sikit eja 'lush' tu.. aku rasa 'luth' klu tak silaplah..ko tanya abg ko lah.. hihii..
lg satu kan ara, aku buat jeruk laraz tu tau! huh...laziz jiddan! bukan sedap jeruk aku buat tp sbb dpt rs lah cam jeruk kt msia, jeruk buah2an..kih3x...
ko nak? ngeh3x... aku letak cili sekali dalamnya.. ;)
oh ya, nnt nak g cutting jubah, mai habaq i no.. dgn k.pah skali.. :)
syukran! 'itani binafsiki..
he3, tu la, bila dah balik mesia mesti rindu kan, masa kat sini rindu nak blk mesia pulak, hi3 biase ar tu..
ReplyDeleteinsyaAllah pasni bleh dtg jordan, ara pun tak sempat nak jalan ke negara2 sblh jordan ni, klu ada rezki nk gak jejak mesir tu..
to bayt amzar: he3, maa fi musykilah!! aku suka jek org datang rumah, hek3
ReplyDeleteooo eja camtu ek, he3, to be honest kitorg pun tak tau.. nnt aku betulkan k
jeruk karaz dah jd ke? bleh ar rasa nnt, hi3
nnt aku nak oter jubah, aku bgtau, jap g nak g kinik, routine check-up, blk tu aku singgah jap hanan tanya boleh tak oter n hrga dulu k
arrr bukit cerakah ada umah 4 musim... leh amik gambo cam aji memen tu hehehehe
ReplyDeleteto sepol utusan pening politik: (mmg pening naik meluat politik skrg) - umah 4 musim tu tak ori arr
ReplyDeleteaah.. salji yang ditunggu2 tak turun lebat.. kite enjoy salji kejap aje.. xsempat lebat, xpe, taun depan leh cube
ReplyDeletelagi.. hihihi.. ehem.. ehem.. ain jela.. kan!? hihi
wah! sangat chantekkk! bestlah kat sana ada snow. tapi musim sejuk kat sini pon dah tak tahan, apatah lagi kalo ada salji..owhh. seksa mungkin. tapi gambar2 bunga sangat cantik!
ReplyDeleteto ain allen: ohhhoooooo ayat jeles tu! hu3, nnt ain upload gambar main salji banyak2 ek, taun depan cuba lagi ek.. ye ain! berusehe! (tiru ayat yg ain suke guna, keh3)
ReplyDeleteto Lotfi Lokman a.k.a kamitaken: alamak! sifu photographer kate gambar bunga cantik, ni yang nak blaja amik gambar betul2 nih
ReplyDelete