Tuesday, May 5, 2009

Perut arab

Assalamualaikum wrt wbt..
Apala tajuk entry kali ni. Macam merisaukan je bunyinya. Sebenarnya tak tau nak letak title apa yang sesuai. Asalkan ada kena mengena dengan cerita yang aku nak tulis ni ok la tu kan.
Kan aku pernah cakap dalam entry tag yang ayu bagi dl, aku bukan manusia yang berjiwa bahasa, jadi aku mmg agak lemah menggunakan bahasa yang menarik mahupun bombastik. Aku lebih suka pada nombor. Tapi harapnya aku bukanla dari golongan yang tak "faham bahasa" or "tak reti bahasa" or "sesuka hati nak bahasakan org" dan aku juga harap bila aku suka nombor, aku bukan la dari kategori "tangkai jering" - walaupun ramai yang kata orang akaun ni kedekut... hu3... apa2je la..
Opps! melalut lak. Sebenarnya cite pasal perut arab ni bukan nak cite tentang perut2 org arab yang ada kat sekeliling aku. Tapi nak cite tentang selera aku sendiri. Sejak bermenjak ni selera perut dan tekak aku bukan lagi Malaysian sgt. Nasi bukanla sesuatu yang sangat wajib untuk aku. Kalau nak dibandingkan masa kat Malaysia dulu, tak makan nasi seharian buat aku sakit kepala, sakit perut, menggigil n worst situation smpi muntah2. Bila dapat nasi, barula segar sikit.
Tapi sekarang, perut aku selalu bagi signal sebaliknya bila makan nasi. Yang peliknya, sangatla gembira bila dapat makan roti or yang seerti dengannya. Bukanla beerti aku tak makan nasi langsung. Aku akan makan nasi juga - yang sememangnya kena masak juga untuk hubby tercinta. Tapi aku dah kurang bergantung.
Perut akan terasa lebih selesa n badan pun lebih segar bila makan roti. Mungkin ke kerana ni selera orang mengandung? Atau mungkin ke ini memang satu perubahan kerana berada di tanah arab? Atau mungkin ke kerana roti ni lebih mudah dihadamkan daripada nasi? Wallahua'lam.. aku pun tak tau.
Nak dijadikan cerita, hari ni bila tengok nasi pun aku dok terkebil2 je, terpaksala aku ringankan tulang2 ni buat kuih. Ape yang penting kuih tu kena guna tepung la kan. Sebab kebetulan ptg td stok roti kat rmh ni dah abis aku ngap.
Punyala besar selera ni, dengan bijak-sana sininya aku buat 3 benda dari 1 adunan yang sm. Donut, kuih doraemon (aku tak tau apa nama betul2nya - tp aku tukar filling kacang merah dengan benda lain) n roti sosej. Tu dia.. punya la nak makan. Tp aku buat sikit2 je la. Sebab aku sgt tau kemampuan utk aku berdiri/berada lama di dapur setakat mana. Tu pun hubby dah 'bising' sebab lama sgt berdiri yang sememangnya dia tahu, ia akan buat aku sakit belakang malam2 nanti..
Agak2 balik Malaysia nanti selera tekak dan perut ni akan berubah kepada yang asal tak? Ntah, soalan yang tak dpt dijawabla..

5 comments:

  1. salam ara..
    huhu.. biasalah tu bila time pregnant kita akan suka yg sebaliknya..haha..lagi2 ko dah duk tanah arab..(luar tanah airlah..) lagi satu kan, anak ko tu nanti agak2nya ikut kacuk arab kot..hihii.. dia dah suka mkn roti.. ha, kuar2 nanti dah pndai mkn nk makn roti je..kih3x.. gurau je.. hiii

    apa2pun, layan jelah... :D

    ReplyDelete
  2. lagi satukan ara..erm kalu betul2 dah rasa cam perut arab kan.. ko kna cuba tuh makan makanan arab lain..nasi mansaf ke, maqlubah ke.. kabsah ke..etc..hihiii.. jgn mkn yg daging tp ayamlah.. amacam? :)

    ReplyDelete
  3. Ara..beli khubuz syiroq, buat syawarma sendiri atau buat musakhan.

    ReplyDelete
  4. to bayt amzar: he3, mmg gitu la kot ek.. bab nasi2 arab tu blh la try, tggl mansaf je yg blom try lg, tp as long masih kategori nasi, so kurangla terliur sgt..

    ReplyDelete
  5. to suweileh family: wat ms ni dok beli je syawarma tu.. he3, klu wat sendiri mana nak dapat ayam inti dia?

    ReplyDelete