Friday, May 29, 2009

Sibuk

Assalamualaikum wrt wbt..

Kami melalui hari-hari yang sibuk sehingga tarikh kepulangan ku ke tanah air. Setiap hari telah dijadualkan dengan pelbagai rancangan sama ada urusan rasmi atau tidak. Kotak2 kargo telah mula berisi, barang2 mula bersepah, org lain "sikit2 lama2 jd bukit", aku? "sikit2 lama2 jd sepah". He3

Wednesday, May 27, 2009

Hari ini..

Ada urusan di Tobarbur n Dauriyat.. Urusan ape ye?

Program bersama Dr. Solah


Assalamualaikum wrt wbt,


Sebagai pahatan memori, alhamdulillah kami (bersama Nazirah, Ayu, Marwah, Ain dan si comel Hanin) dapat meluangkan masa menghadiri program sepetang bersama Dr. Solah. Dr. Solah merupakan salah seorang pensyarah dan tokoh agama di sini. Pengisian yang diberi ialah berkenaan bumi berdarah Palestin. Mudah2an segala usaha mengembalikan hak kiblat pertama umat Islam ini sentiasa dirahmatiNya.. Amin...


Lambatnya


Assalamualaikum wrt wbt,


Org lain dah berkurun upload cerita sepanjang Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung PPMAJ, saya pula baru nak upload. Kawan2 yang minta saya send gambar2 sepanjang program pun masih belum dapat dipenuhi. Minta maaf la ye, kena bagi priority laptop ni pada tuan punya tesis. Takleh kacau kerap2.. :)


Dipendekkan cerita, Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung PPMAJ yang berlangsung pada 22 Mei 2009 di Hutan Simpan Dibeen yang lepas sangat meriah dan memang seperti sebuah keluarga besar berkumpul. Tahun2 akan datang boleh la buat lagi.. Kami yang balik Malaysia tahun ni, tengok gambar kat laman rasmi PPMAJ je la lepas ni..





Perjalanan ke Hutan Simpan Dibeen dipenuhi dengan ladang zaitun

Padang ragut kambing pun ada

Sejurus sampai di Hutan Simpan Dibeen, Umi Ina siap2 buka bekal yang dibawa, anak2 kecik setia menanti, anak2 dewasa pun tumpang sekaki :)

Menikmati sarapan pagi yang Umi Ina sediakan, nyum2!



Sweet little Nuha pun breakfast juga

Program dimulakan dengan Al-Fatihah dan taklimat umum oleh Ustaz Mahyuddin



Disusuli tazkirah bertajuk "Husnu Zhon" - Bersangka baik. Pengisian ringkas yang sangat bermakna.


Acara bermula - Sukaneka - Isi air dlm botol guna byk bhn, ada tangan, span, kain, pinggan dan kertas. Pandai2 la nak pindahkan air guna bahan2 tu.



Lepas tu, baling belon berisi air pula, kumpulan mana yang dapat jarak paling jauh, dikira sebagai pemenang



Acara ke3 - Makan2, cari clue, buat ayat. Tak taula kenapa, makan syammam laju2 masa tu menyelerakan betul!



Tgh cari clue - ingatkan besar, rupanya sebesar daun je, guna kertas warna hijau pulak tu, mencabar2...


Tak puas ati ye... Hi3

Acara 4 - Draw n Guess, jenuh kumpulan 1 dapat soalan dari kumpulan 4 - gegak-gempita, gilang-gemilang etc - camne nak lukis tu?


Last - "Iron Chef Amman" - Kumpulan 3 menang first place! So, kat rumah sekarang ada iron chef.. weeeee bleh ar slalu buat alasan nak makan sedap air tangan iron chef amman ni! ^_^

Sembang anak beranak - apala yang diusiknya Qud tu, nampak hubby macam tengah menyakat je.. :)
Jangan tak percaya - kumpulan 4 juara keseluruhan! Ni kumpulan org pompuan ni


Lepas solat jumaat n lunch, AGM pun bermula - kepimpinan sesi 08/09 (tiada dlm gambar, Ustaz Khairi, Ustaz Hani dan Ustazah Nazirah)

Kepimpinan yang baru untuk sesi 09/10 pula

Abis AGM baru la start BBQ - ayam, kambing n ikan. Sedap!

Begitulah Hari Keluarga kami... meriah dengan semangat kekeluargaan. Moga ukhuwwah yang terjalin kekal selamanya.. Aminn

Tuesday, May 19, 2009

Approved



Assalamualaikum wrt wbt..


Petang2 tadi aku melayan perasaan sendiri menikmati hembusan angin petang yang sangat nyaman di tingkap. Memerhatikan kumpulan-kumpulan burung berterbangan, kepulan awan putih gebu yang bergerak perlahan dan langit membiru yang cerah, terasa indahnya alam ciptaan tuhan.


Melayan perasaan dengan khabar yang hubby berikan.


Hubby tanya, "tengok apa kat tingkap tu?"


Aku senyum, "ada 8 layang-layang", jawapan yang tidak mengikut skema langsung.


Hubby senyum, "kira layang-layang ke?"


"A'ah..." ringkas saja jawapan ku.


Padahal dalam kepala, di samping mengira layang-layang yang sayup2 kelihatan itu, perasaan ni bercampur baur. Tiket penerbangan pulang ke Malaysia telah pun diluluskan.


Aku sendiri tak tahu bagaimana untuk mendefinisikan perasaan ku sekarang ini...

Sunday, May 17, 2009

Tiada sekelumit pun yang sia-sia

Assalamualaikum wrt wbt..



Oooohhh susahnya untuk aku mencari ayat yang sesuai sebagai muqaddimah. Sungguh! Sukar sekali. Lantas aku memilih kesukaran mencari idea itu sebagai muqaddimah sahaja.. Itu pun setelah puas aku menaip dan delete, taip dan delete, taip dan delete lagi..



Ye, mungkin itulah aku. Kalau menulis laporan yang punya skema dan tatacaranya mungkinlah laju. Tapi untuk menulis sesuatu yang abstrak, ohh lemahnya...


Sudah sekian lama aku menyimpan hajat ini. Mengabadikannya dalam bentuk tulisan, yang boleh dibaca dan direnung semula suatu hari nanti. Ini bukan kisah dongeng mahupun mitos. Tetapi ini kisah realiti yang berpijak pada bumi nyata.



Signifikannya, kami mungkin akan terlupa suatu hari nanti, dan tulisan ini selagi mana masih di"save"kan, pasti kami dapat membacanya semula dan ingat kembali.




*********************



Dalam pemanduan ku memecah kegelapan malam, sendirian, ditambah dengan rasa yang sangat malas dan bosan, aku melayan perasaan sendiri. Aku keluar lewat hari Ahad itu dari rumah emak di kampung. Terasa malas yang teramat sangat untuk pulang bekerja pada hari Isnin keesokannya.



Aku ambil keputusan untuk solat Maghrib dan Isyak jama' takhir sahaja. Memandangkan tempat biasa aku singgah solat masih jauh di depan. Azan maghrib telah berkumandang di IKIM.fm. Diikuti pula slot pengisian rohani yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan. To be honest, aku cukup admire dengan cara beliau menyampaikan ilmu. Padat, ringkas dan mudah difahami.




Kebetulan pada hari itu, tafsir ayat al-Quran yang disampaikan berkenaan tentang doa. Panjang lebar penjelasan yang diberikan. Aku yang awalnya rasa malas dan bosan menjadi tekun dan peka pada setiap butir pengisian yang disampaikan.




Aku cukup terkesan ketika itu. Aku yang sememangnya agak cengeng, tak berjaya membendung air mata. Alamak! kabur pandangan ku. Cepat2 ku kesat agar pemanduan ku tetap konsisten dan tidak membahayakan diri serta org lain yang sama2 menggunakan jalan raya itu. Lebih2 lagi malam semakin pekat.




Perkara penting dari tafsir ayat al-Quran yang disampaikan ialah, Allah Maha Mendengar setiap rintihan dan doa hambaNya. Tiada satu pun yang tersembunyi. Tiada satu pun yang terselindung. Tiada satu pun yang tercicir. Mustahil bagi Allah yang sifatnya Maha Sempurna dan Hebat terlupa untuk memperkenankan doa hambaNya. Sama sekali tidak pernah terlepas dari kekuasaanNya.



Lalu, dalam konteks doa, Allah PASTI mendengar dan memperkenankan. Sama ada doa itu serta merta diperkenankan atau ditangguhkan atau ditukarkan dengan sesuatu yang lebih baik. Hanya Dia yang tahu. Kita sebagai hamba hanya mampu memohon.



Mood malas dan bosan bertukar kepada sangat bermotivasi. Ya! aku mesti kuat! - Mood yang bertukar itu menjadikan pemanduanku lebih cermat dan fokus.



Tapi kenapa ye? Kenapa aku sangat terkesan?



*********************



Ketika itu, tentunya aku rasa sangat lapang dan tenang. Mendapat suntikan motivasi percuma, memandangkan dalam hati dan jiwa ku sedang terbendung perasaan yang sangat rindu pada suami yang jauh beribu batu.



Terasa beban rindu yang ditanggung menjadi ringan. Diakhiri dengan rasa tawakkal dan harapan yang sangat membulat (opps! ada ke istilah membulat?). Yakin doa ku pasti tidak pernah sia-sia.



Aku ingin punya suami yang hampir dengan ku.



Aku ingin punya anak penyambung keturunan kami.



Aku ingin punya keluarga yang bahagia.



Aku ingin punya kerjaya yang menjamin masa depan.



Banyaknya keinginan ku? Layakkah aku ya Allah? Tamakkah aku?



Itulah kisah sepanjang pemanduan seorang diri di pertengahan tahun 2007.


*********************



Masa terus berlalu dengan cepat dan pantas sekali. Sekarang, dengan izinNya, aku masih bernyawa di pertengahan tahun 2009 pula. 2 tahun berlalu? Cepatnya!



[ Aku ingin punya suami yang hampir dengan ku ]



Kerana semakin meningkat usia perkahwinan kami, semakin jauh pula kedudukan kami. Dengan hanya perkahwinan jarak jauh dalam negara, jadi luar negara pula.



Lalu aku berdoa moga dipermudahkan segala urusan yang membolehkan aku cepat2 dapat mengikut suami ke luar negara.




[ Aku ingin punya anak penyambung keturunan kami ]



Kerana kandungan sebelum itu ditakdirkan bukan rezeki kami. Sesiapa yang telah berumahtangga pasti sering berdoa akan dikurniakan zuriat.



Lalu aku berdoa moga diperkenan harapan ku itu.





[ Aku ingin punya keluarga yang bahagia ]


Sesiapa pun pasti mengharapkan kebahagiaan. Sanggupkah sentiasa berada dalam kesengsaraan?



Lalu aku berdoa moga kebahagiaan dilimpahkan dalam kehidupan ku.





[ Aku ingin punya kerjaya yang menjamin masa depan ]



Itu cita-cita ku. Moga saja cita-cita itu menjadi jambatan untuk aku lebih kuat dan dekat padaNya. Rugi saja kalau punya kerjaya yang menjamin masa depan di dunia tetapi tercari-cari masa depan di akhirat sana.



Lalu aku berdoa moga apa yang aku kerjakan tidak sia-sia dan mendapat ganjaran di sisiNya.



*********************



Masa berjalan dan terus berjalan. Perasaan rindu yang mendalam, keletihan merasa diri keseorangan, beban tugas yang menimbun, kepenatan demi kepenatan alhamdulillah berjaya juga diharungi hari demi hari.


Meluah rasa pada emak, mudah saja ayat yang emak berikan. "Hari tu berjalan, bergerak sehari, hilang dah rasa beban sehari"


Mulanya aku rasa, oohh simplenya jawapan emak. Tapi bila aku fikirkan semula, betul la tu! Kepenatan yang aku tanggung bukanlah sehebat mana pun, kenapa asyik rasa penat dan penat dan penat. Seolah-olah putus asa. Tidak! tak boleh rasa macam tu. Aku mesti kuat. Kuat!


*********************


Alhamdulillah.. sehari demi sehari yang cuba dilalui dengan rasa kuat itu benar-benar menguatkan aku. "You did what you think"..


Satu persatu doa ku dikabulkan. Sama ada serta merta, ditangguhkan atau digantikan dengan yang lebih baik. Subhanallah.. Maha Suci Engkau ya Allah yang telah melimpahkan segala nikmat kurnia mu kepada ku..


*********************


Doaku mohon dilimpahkan kebahagiaan


alhamdulillah, walau bagaimanapun keadaan ku, ntah mengapa, aku tetap rasa bahagia. Allah telah menjawab doaku.



Doaku mohon agar dekat dengan suami


alhamdulillah, Ogos 2008 ia telah dikabulkan. Aku dapat juga mengikut suami ke Jordan. Aku ditakdirkan lewat dapat mengikut suami, tetapi dengan kelewatan itu, Allah telah mengurniakan kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya. Lalu seiring dengan berlepasnya aku ke Jordan, Allah telah meletakkan aku di tempat yang selesa dalam kerjaya ku. Allah telah menjawab doaku.



Doaku mohon dikurniakan zuriat


alhamdulillah, si kecil ini sedang ligat menendang dan berguling di dalam rahim ku. Moga sihat dan selamat sehingga melahirkan. Mudah-mudahan juga membesar menjadi anak yang soleh, sihat, pintar dan sudi mendoakan keampunan buat orang tuanya. Aku ditakdirkan lewat merasai nikmat ini, tetapi dengannya Allah datangkan pula nikmat dapat menunaikan ibadah haji dengan tenang tanpa memikirkan kepada siapa harus aku serahkan penjagaan anak bila ketiadaan ku ketika di tanah suci. Aku juga terlepas dari memikirkan perkara2 yang tidak dapat dilakukan sekiranya didatangi haid. Kerana ketika itu dengan hebatnya perancangan Allah, si kecil ini telah Allah kirimkan buat kami. Allah telah menjawab doaku dan pastinya aku akan terus berdoa.



Doaku untuk punya kerjaya yang menjamin masa depan


alhamdulillah, Allah telah memudahkan semua urusan ku. Allah telah menjawab doaku.



Lalu aku merenung kembali perjalanan hidup ku setakat ini. Apa lagi yang aku harapkan? Kerana sesungguhnya harapan pada Mu ya Allah tidak pernah menjadi pelaburan yang sia-sia. Semuanya mendapat dividen yang sangat menguntungkan!


*********************


Terima kasih ya Allah... Hanya pada Mu selayaknya segala puji dan kesyukuran... Demi sesungguhnya hamba yang banyak melakukan kesilapan ini dengan kerdilnya sering meminta dan terus meminta. Dan Engkau pula tanpa jemu memperkenan dan terus memperkenan.


Jadikan kami hamba yang terus bersyukur ya Allah... Walau apa pun ujian yang mendatang, peliharakan iman kami, peliharakan kesyukuran kami, peliharakan tunduk kami pada Mu... amiiin ya Rabb..














Friday, May 15, 2009

"Karas Sedunia"

Assalamualaikum wrt wbt...





Beberapa hari ni aku cukup asyik dengan memenuhi permintaan tekak dan perut makan buah karas.




Mula2....




pulun sekilo karas muda, cicah dengan "cili belacan"






Esoknya, Ayu call pulak, kata dok kat Baqa'ah. Jumpa karas dah masak (ceri merah - 'inab namanya). Kirim pulak setengah kilo lagi.






Hari ni masa hubby amik buah 'inab tu kat rumah ayu, ayu tambah pulak dengan jeruk buah karas yang dibuat sendiri.





Apa lagi, memang menyelerakan sangat la.



"Terima kasih banyak2 umi ayu.. He3, bagi saya rasa jeruk buah karas yang sedap tu.."



Jadila 2-3 hari ni "Karas Sedunia" untuk aku.. :)



Tuesday, May 12, 2009

4 musim yang indah


Assalamualaikum wrt wbt..

Meniti hari2 genapnya 10 bulan aku berada di bumi Jordan, alhamdulillah syukur tak terkata kerana diberi kesempatan olehNya menikmati 4 musim yang lengkap dan indah. Aku sampai ke sini pada penghujung musim panas. Walaupun dihujung2 musim, tetapi terasa juga bahang dan silaunya sebab masa tu cuaca agak terik, ditambah pula dengan udara yang kering.


Depan bangunan parlimen Jordan - panas dan silau (berhenti kat sini sebab ada fountain kat sblh tu, sejuk sket ^_^)

G mana2 pun mesti bawa bekal air mineral. Cepat sangat haus. Tapi yang seronoknya ketika inilah banyak pokok buah-buahan mengeluarkan hasil. Aku yang memang 'hantu' makan buah, dapatla pulun makan anggur yang fresh2 dan manis. Walaupun nampaknya hijau dan muda, tapi manis rasanya.


Nyum2.. lazizah jiddan!

Salah sebuah rumah kat sini - bila musim panas, meriah betul pokok anggurnya

Hubby pulak mmg dah tau sgt perangai isterinya ni. So, stok buah mmg tak putus la. Kejap buah anggur, kejap buah tin, pastu balah (kurma muda) pula, buah aprikot fresh.. n mcm2 lagi lah. Puas hati betul. Seronok dapat tukar angin makan buah2an Jordan pula.



Pokok buah tin yang tengah merimbun



Close up sket buah tin kat pokok



Yang ni dah masak - ready to eat!



Ni la 'balah' - kurma muda, rasanya manis2 kelat

Tapi dalam banyak2 pokok yang berbuah, ada satu pokok yang sampai sekarang aku tak pasti apa namanya. Buahnya pun aku tak pernah makan lagi. Tapi yang pasti warnanya memang cantik sangat.


Ni la pokoknya - ada sape2 yang tau apa namanya?

Cantik warna buahnya - mulanya ingatkan buah peach, tapi bukan la.. ke ini buah prun? Ntah!

Ok, sekarang ni sebenarnya tengah peralihan musim bunga ke musim panas semula. Jadi awal2 ni dah banyak juga buah2 yang best. Buah iskandania, strawberi, 'karas' (ceri muda), 'luth' (katanya badam muda - not very sure la), 'bittih' (tembikai) n 'syammam' (honey dew) banyak sangat orang jual. Memang puas la makan buah2 ni.


Buah iskandania - sedap! masam2 manis

Buah 'luth' - masam, tapi bila makan dengan 'cili belacan' memang tak toleh kiri kanan dah

Yang ni pun sodaaaappppp

Sori, buah karas n strawberi tak sempat nak snap. Mulut dah snap dulu. Sedap sangat!

..............................................................
Berakhir musim panas, masuk pula musim luruh. Masa ni pokok2 anggur yang awalnya hijau segar, gugur satu persatu daunnya. Pokok buah tin dan pokok2 lain dah tak sehijau masa musim panas. Jadi togel tinggal ranting2 je. Buah2an yang sedap2 dan manis pun semakin berkurangan. Tapi yang paling imun skali pokok zaitun la.. aku tengok tak gugur2 pun daunnya. Subhanallah..


Pokok zaitun yang maintain jek

Buah zaitun yang dah masak ranum - boleh tuai dah ni

Pokok anggur pun dah mula kering

Pokok2 yang tak semangat - musim luruh la katakan - location: Universiti Ali Bait, Mafraq

Tapi agak berbeza sikit kat Mu'tah, tetap menghijau walaupun musim luruh - location: Universiti Mu'tah, Mu'tah.

.................................................................

Musim bergerak lagi. Datang pula musim sejuk. Sebenarnya ni la musim yang aku dok tunggu2 sangat. Yelah, aku mana la pernah main salji kan.. Tengok gambar jek. Sehari demi sehari cuaca makin sejuk. Dari pakai baju selapis dua, jadi empat lima lapis. Sejuk sangat. Terutamanya di kawasan Sweileh ni. Kalau kat Amman ni Sweileh antara tempat yang paling sejuk.
Dari tak bergantung kepada sobah (heater), jadi bergantung pula. Nak amik air sembahyang, mandi dan apa2 je yang berkait dengan bilik air, make sure sobah dah pasang. Kalau tak alamat menggigil-gigil la.

Hari demi hari aku menunggu bila la snow nak turun ni. Hubby kata tahun ni macam tak turun je.. Hu3.. sebab hujan pun tak turun2. Tunggu punya tunggu, sampaila dipenghujung musim dah, barula turun snow.. Tp nipis je, tak tebal. Jadi harapan nak main baling2 snow ball, snow man etc tinggal angan2 aku je la.



Salji dah turun!!!!

Masa tengah lebat

Tapi sekejap je, so tak la tebal. Matahari naik, salji pun mula cair...

Konon hajat dihati teringin la nak main2 + posing macam kat bawah ni. Tapi takde rezki nak rasa salji tebal tahun ni, takpela..

Snow 2007 - aku kat Malaysia masa ni - dok la jeles bila dpt tgk gambar je..

Subhanallah - aku suka sangat gambar ni


Jeles tul! Lagi2 tgk org tu senyum lebar jek..


He3, ni gambar Shahrul n Marwah - kononnya tahun ni teringinla nak amik gambar camni kan..



Tapi apa pun alhamdulillah, sekurang2nya dapat juga aku menikmati pemandangan indah masa salji yang putih bersih tu turun. Masa tu sanggup dok kat balkoni. Hubby gelak je. "Siannya isteri abang tak dapat main salji" - ayat hubby yang menusuk kalbu. Hu3.

......................................................................


Habis dah musim sejuk, cuaca mula panas hari demi hari. Musim bunga menyusul pula. Bunga-bunga yang berwarna-warni mula mekar - cantik sangat!. Memang geram je dibuatnya.
Pokok buah2an yang togel pun mula berbunga. Ala2 sakura gitu. Bila bunga gugur barulah diganti dengan pucuk2 muda yang akhirnya nnt akan mula menghasilkan buah2 yang manis pula.



Amacam? Macam kat Korea tak?

Red roses, nasib baikla kat rumah orang, kalau kat rumah sendiri, mmg kena petik dah

Purple

Purple lagi

Merah menyala


Bunga ros lagi



Dan lagi - depan Markaz Ilaf Qurani

Bentuk bunga ni macam kita cantumkan sisa raut pensel


Lagi2 roses...

Bunga kebangsaan Jordan - Black Iris - Tapi yang ni purple iris (salah satu spesis iris gak)

Bunga penuh kat ranting2

Macam bunga seri pagi


Fresh! I like it!

...............................................................................

Bila memerhatikan kejadian alam ni. Subhanallah... Indahnya. Kalau kita di Malaysia, pemandangan hijau perkara biasa. Tapi di sini, sebuah negara padang pasir yang tandus, Allah hadiahkan pula dengan keindahan 4 musimnya. Subhanallah3.. Hebatnya Allah yang Maha Mencipta sesuatu. Sempurna dan adil pada tempatnya.

Berada di negara orang tentu punya banyak cerita. Lebih2 lagi jika tak kedapatan di bumi tanah air sendiri. Tapi bak kata org2 tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. pastu sambung sendiri la.. he3. Aku tetap rindu pada Malaysia..