Monday, April 27, 2009

Kelas yang best sgt!

Alhamdulillah, hari ni, kami (aku, kak pah n ain - ayu tak dpt g utk arini) ada kelas bahasa arab lagi. Seronok sgt sebab mua'llimah tu dah dapat feel part mana yang perlu utk kami2 ni. Klu sblm ni lebih kepada Al-Quran (tajwid dan bacaan) tapi utk hari ni lebih kepada nahu dan hiwar.


Sign board kecik jalan masuk ke markaz


Markaz Ilaf Al-Qurani

Pada asalnya, persepsi kebanyakan orang arab kat cni bila jumpa foreigner muslim, but cant speak arabic diorg ingat kami ni tak reti baca Quran. So, bila g mana2 markaz pun diorg akan start kelas dengan alif, ba, ta - mengenal huruf. Pastu bila kita bgtau (cakap pun seketul2 - nasib baik cikgu faham ^_^) yang kita tahu membaca al-Quran, diorg mcm surprise la jugak. Then, as usual, cekgu akan test bacaan kita.. n again, they are very surprise!

Keadaan yang sama masa aku buat haji. Aku adalah satu-satunya orang melayu pompuan dalam kumpulan haji tu. Sampai Madinah dan Mekah, penginapan lelaki dan perempuan diasingkan. Nak berkomunikasi mmg problem. Dok uk ak, uk ak.. last2 klu dah tak dapat sgt nak ckp, aku guna bahasa isyarat je. Tapi, diorg mmg dok perati aku slalu baca Quran bila kat bilik. Sampaila ada sorg makcik tu, mgkn dah query tahap gaban, datang dok atas katil aku.

"enti ta'rif qiraatil quran?"

"InsyaAllah.." - aku jwb sambil senyum

"Ma'a tajwid wa makhaarijul huruf?"

"InsyaAllah... ana a'rif" - sambil senyum lagi

"Biddi asma'"

Aku pun bacala depan dia.. Pastu dia kata, "subhanallah, subhanallah... enti ta'rifhu"

Aku senyum lg.. then, dia pun ckp la yang dia tak sangka aku boleh baca..

Aku pun jwbla dengan 'seketul seketulnya' gini,

"Alhamdulillah, ehna malizi, walau nahnu mush natakallam fillughatil 'arabiyyah, nahnu na'rif qiraatil quran, nadrusuha fil bait ma'a um wa ab, wa fi madrasah aidhon.." (ni dgn nahu yang tonggang langgang dan uslub arab melayu, he3)

Kmdn bersembangla kami dengan diselitkan bahasa2 isyarat yang aku harap makcik tu boleh faham.. Memang rasa kelakar masa tu. Dan setiap kali jumpa hubby aku akan ceritakan semua yang berlaku dalam bilik. Perkataan2 baru especially. Cuma biasala.. bila berkomunikasi dgn diorg, for sure cakap 'ammi + laju yang amat, buat aku semakin terpinga-pinga.. Hu3.. kesian betul..

Masa berlalu, dengan adanya kelas ni aku harap boleh improve sikit2. Kalau pun tak dapat banyak, sekurang2nya dapat sesuatu.. - ni yang rasa sayang, sebab dah nak balik Malaysia. Kalau dulu, nak cakap sepatah pun takut, tapi sekarang, sekurang2nya aku boleh g kedai sendiri - tapi jgnla soh beli benda2 complicated, alamat english jugak yang kuar nanti.. ha3.

Satu lagi yang best, bila blaja dan bergaul dengan orang arab ni, telinga aku semakin peka dengan perkataan. Dapatla adapt sikit2 dengan lahjah diorg.. Hopefully sblm balik ni dapat tmbh2 lagi dan menjadi memori bermakna sepanjang 10 bulan berkelana di bumi Jordan.
p/s: ada rezki nanti aku amik gambar pulak dengan mu'allimah jamiilah yang ajar kitorang...

7 comments:

  1. huhu..sedihnyer aku tak dpt join korg k klas minggu ni.. ok lh tu ara.. ahsanti!! boleh apa cakap... :) minggu depan kita g sama yek! hiii

    ReplyDelete
  2. To Uwais Amzar's Family: He3, jgnla sedih2.. InsyaAllah mggu dpn kita g kelas sm2 ek..

    ReplyDelete
  3. To sepol: takkan ko nak ngurat kot? nak kater kenenkan utk myra, bukan anak teruna yg ko tanya.. hu3

    ReplyDelete
  4. xdela utk apak aku je muaahhahahahaha

    ReplyDelete
  5. to apak myra yang hensem: aiseh, sian nnt makcik yg tunggu tu...

    ReplyDelete
  6. ain pun nak ambik gamba cikgu jugak..! heee :p

    ReplyDelete