Wednesday, April 8, 2009

Catur

Percaturan hidup… ya, percaturan hidup…. itu yang aku ingin utarakan.

Siapa yang tahu? Anda tahu? Aku tak tahu… Kalau ada sesiapa yang boleh membuktikan dirinya tahu apa akan berlaku sesaat lagi, seminit lagi, sejam lagi dan seterusnya, ingin juga aku bertemu orang itu. Mungkin hebat orangnya. Tapi, wujudkah orang itu?

Hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Sama ada yang terzahir mahupun yang terselindung. Segalanya dalam penguasaanNya yang Maha Hebat…

Apa yang termampu dilakukan oleh hambaNya hanyalah berusaha, merancang dan melaksanakan sebaik mungkin. Sama ada perancangan itu menjadi atau tidak, itu juga persoalan yang subjektif. Andainya Allah mengizinkan, tentu sahaja perancangan itu berjaya, tetapi jika Allah menangguhkan, tentu juga perancangan itu akan pincang.

Kerana itu, sangat rugi jika mudah saja kita mendabik dada. Oh! Aku berjaya kerana aku adalah the best planner! Kerana aku rajin stay up, kerana aku sistematik, kerana aku begitu dan begini… tanpa pula disedari bahawa kejayaan tersebut hanya terjadi kerana dengan izinNya.. Wana'uzubillah… mudah2an kita tidak sombong begitu…

Apa yang ada hanyalah kejayaan sebagai hadiah dari Allah atas segala usaha yang dikerahkan. Mudah2an dengan kejayaan itu kita menjadi hamba yang lebih baik dan berkongsi pula kebaikan tersebut dengan orang lain…
to be continued... ada cerita yg ingin kami sampaikan... ;)

No comments:

Post a Comment