Wednesday, April 29, 2009

Touch of love

Akhirnya rasa gatal tangan aritu berakhir juga... dan digantikan pula dengan rasa sakit belakang.. hu3.

Tadaaaaaaaaaa!

Finally.. siap pun

Kebetulan jumpa pulak kain motif budak2 kecik ni

Letak aksesori sket

Tak mo cakap banyak dah, sebab dah sakit belakang. Tapi yang penting tu la hasil gatal tangan yang baru siap beberapa jam nan lalu, setelah sehari setengah aku dok pulun.

100% touch of love handmade.
...EXCEPT...
Kain, aku tak tenun sendiri,
Benang, aku tak tuai kapas sendiri,
Jarum, aku tak tempa sendiri,
Butang, aku tak deco sendiri,
Reben, aku tak kilangkan sendiri...
Paling seronok bila hubby kater, so sweeeeet... suke... hi3, aku lagi la suke...
Hubby belikan kain banyak lagi tu, hmmm nak wat pe lagi ek, tp yg pastinya kena take rest dl, mana leh wat macam ade mesin jahit depan mata..

2 in 1

Assalamualaikum wrt wbt..
Ish3... memang rajin betul la sape yang tag aku ni. Macam tau2 je aku byk masa lapang ye.. Tag kali ni kira 2 in 1, sebab 2 org sekaligus bagi tag yang sama. So, boleh jwb sekali jek.. Jimat!
Senaraikan 5 hadiah yg anda impikan.
1. Kesihatan yang baik
2. Keluarga yang aman
3. Sentiasa dipelihara dlm iman
4. Scholarship sambung blaja
5. Dapat renovate n decorate rumah freeeeeee je sume2.. dlm n luar rmh, ade sape2 nak bg tak?

5 alasan terhadap pilihan tersebut.
1. Bila sihat, insyaAllah mudah nak wat ape pun
2. Tak suke gaduh2
3. Syurga tu kan indah..
4. Jimat banyak tu..
5. Rumah ku syurga ku..

5 impresi terhadap org yg anda minat.
1. Tenang
2. Bijak
3. Bercakap bila perlu + hikmah
4. Rendah diri + tawadhu'
5. Kemas

5 perkara hebat yg pernah anda lakukan. (perkara hebat kat bwh ni tak hebat pun, org lain lg hebat)
1. Tanam pokok bunga 1 jam sblm penilaian subjek KHB masa PMR - aku akan ingat smpi bl2, keh3
2. Jalan kaki +-14km masa wat haji dengan tak makan nasi n bw our 'aimira junior' in tummy
3. Wat surprise kat hubby
4. Masak utk family - klu diorg makan bertambah2 la.. klu makan ciput je, kira tak hebat la tu..
5. Gelak sampai nak nangis dgr perkataan songki, taisyan n masa dr mulut budak kecik - Muhammad Ammar Hazmi - yg bestnya, anak buah aku tu siap boleh tanya, "eh! salah cakap ke?"

5 ciptaan yg paling disukai (x semestinya teknologi)
1. Insan2 tersayang
2. Tempat2 yang cantik
3. Warna
4. Internet
5. Seafood, nyum2!

5 perkara yg dibenci.
1. Tak jujur
2. Cakap belakang
3. Wat keje tak capai quality standard
4. Cakap banyak, tp keje...
5. Kena bebel tak tentu pasal

5 orang yg hendak anda tag.
Sume dah kena.. aku nak tag sape lagi?????

Monday, April 27, 2009

Kelas yang best sgt!

Alhamdulillah, hari ni, kami (aku, kak pah n ain - ayu tak dpt g utk arini) ada kelas bahasa arab lagi. Seronok sgt sebab mua'llimah tu dah dapat feel part mana yang perlu utk kami2 ni. Klu sblm ni lebih kepada Al-Quran (tajwid dan bacaan) tapi utk hari ni lebih kepada nahu dan hiwar.


Sign board kecik jalan masuk ke markaz


Markaz Ilaf Al-Qurani

Pada asalnya, persepsi kebanyakan orang arab kat cni bila jumpa foreigner muslim, but cant speak arabic diorg ingat kami ni tak reti baca Quran. So, bila g mana2 markaz pun diorg akan start kelas dengan alif, ba, ta - mengenal huruf. Pastu bila kita bgtau (cakap pun seketul2 - nasib baik cikgu faham ^_^) yang kita tahu membaca al-Quran, diorg mcm surprise la jugak. Then, as usual, cekgu akan test bacaan kita.. n again, they are very surprise!

Keadaan yang sama masa aku buat haji. Aku adalah satu-satunya orang melayu pompuan dalam kumpulan haji tu. Sampai Madinah dan Mekah, penginapan lelaki dan perempuan diasingkan. Nak berkomunikasi mmg problem. Dok uk ak, uk ak.. last2 klu dah tak dapat sgt nak ckp, aku guna bahasa isyarat je. Tapi, diorg mmg dok perati aku slalu baca Quran bila kat bilik. Sampaila ada sorg makcik tu, mgkn dah query tahap gaban, datang dok atas katil aku.

"enti ta'rif qiraatil quran?"

"InsyaAllah.." - aku jwb sambil senyum

"Ma'a tajwid wa makhaarijul huruf?"

"InsyaAllah... ana a'rif" - sambil senyum lagi

"Biddi asma'"

Aku pun bacala depan dia.. Pastu dia kata, "subhanallah, subhanallah... enti ta'rifhu"

Aku senyum lg.. then, dia pun ckp la yang dia tak sangka aku boleh baca..

Aku pun jwbla dengan 'seketul seketulnya' gini,

"Alhamdulillah, ehna malizi, walau nahnu mush natakallam fillughatil 'arabiyyah, nahnu na'rif qiraatil quran, nadrusuha fil bait ma'a um wa ab, wa fi madrasah aidhon.." (ni dgn nahu yang tonggang langgang dan uslub arab melayu, he3)

Kmdn bersembangla kami dengan diselitkan bahasa2 isyarat yang aku harap makcik tu boleh faham.. Memang rasa kelakar masa tu. Dan setiap kali jumpa hubby aku akan ceritakan semua yang berlaku dalam bilik. Perkataan2 baru especially. Cuma biasala.. bila berkomunikasi dgn diorg, for sure cakap 'ammi + laju yang amat, buat aku semakin terpinga-pinga.. Hu3.. kesian betul..

Masa berlalu, dengan adanya kelas ni aku harap boleh improve sikit2. Kalau pun tak dapat banyak, sekurang2nya dapat sesuatu.. - ni yang rasa sayang, sebab dah nak balik Malaysia. Kalau dulu, nak cakap sepatah pun takut, tapi sekarang, sekurang2nya aku boleh g kedai sendiri - tapi jgnla soh beli benda2 complicated, alamat english jugak yang kuar nanti.. ha3.

Satu lagi yang best, bila blaja dan bergaul dengan orang arab ni, telinga aku semakin peka dengan perkataan. Dapatla adapt sikit2 dengan lahjah diorg.. Hopefully sblm balik ni dapat tmbh2 lagi dan menjadi memori bermakna sepanjang 10 bulan berkelana di bumi Jordan.
p/s: ada rezki nanti aku amik gambar pulak dengan mu'allimah jamiilah yang ajar kitorang...

Saturday, April 25, 2009

Gatal tangan

Orang tua2 kata, kalau gatal tangan tu maksudnya nak dapat duit? betul ke? bukan sebab ade ruam ke? :)
Tak kisah la nak dapat duit ke ape, tapi aku gatal tangan ni sebab rasa nak buat something tp tak cukup bahan dan peralatan. Jadi macam serba tak kena je.. Sejak datang Jordan ni, aktiviti 'keras tangan' aku mmg dah lama terbantut. Yang boleh dibuat cuma cari bahan n explore kat internet je. Nak cari bahan2 'keras tangan' tu rasa mcm susah la pulak kat sini. So tinggal la angan2..
Tapi untuk yang 'ini', rasanya bahan2 senang nak dapat. Cuma kena tunggu encik hubby bawa g cari bahan2 tu.. Klu jadi, bleh la declare ape bendanya 'ini' tu. Tapi klu tak jd, dok diam2 sudah ler..

Wednesday, April 22, 2009

Cerita banyak hari..

Dalam beberapa hari ni banyak juga aktiviti yang dibuat. Ada kelas Bahasa Arab dan Al-Quran, ziarah ain yang tak berapa sihat, beli bahan2 masakan utk program, skype dgn kuarga hubby kat kg - tgk anak buah baru utk pertama kalinya - Kamaliah Zahirah Binti Saleh, masak ramai2 utk program ma'rad kat Jami'ah Urduniyyah dan selebihnya biasala.. wat keje2 rumah n teman hubby wat tesis.

Bila dah makin banyak aktiviti ni rasa lagi seronok la.. banyak masa yang dapat dimanfaatkan dengan lebih baik. Ni jadual seminggu aku kat cni;
Isnin :
Kelas bahasa arab dan al-Quran

Selasa :
Dok rumah

Rabu :
Kelas aerobik (walaupun skrg ni aku cuma jadi pemerhati terhormat jek.. he3)

Khamis :
Dok rumah

Jumaat :
Dok rumah

Sabtu :
Pagi - Kelas Tafaqquh - Tafsir, hadith, sirah, fiqh
Petang - Kelas Al-Quran dan hafazan
Ahad :
Dok rumah

Tu kira yang rutin la, tp aktiviti yang tak rutin isi kat hari2 yang dok rumah tu.. Aktiviti tak rutin tu macam ikut hubby g jami'ah - jumpa musyrif - smpi musyrif dia pun dh kenal muka aku.. asek ngikut jek.. he3. Pastu ader gak sorang lecturer hubby tu siap tanya bila hubby jumpa dia sorang2, "wen zaujatuk?" - mana isteri engkau? - hi3.. so paham2 je la.. betapa kerapnya aku ikut hubby g jami'ah..

Pastu 'jack' hubby g sweileh gharbi la, abdali la, balad la.. n mn2 lagi la.. tp kena tgk ms, klu clash dgn jadual hubby or tgh concentrate dgn tesis, takleh la kacau, nnt berterabur pulak idea, tp bila dah tepu tu, bleh la ajk kluar.. hubby pun boleh realease sket..

Aktiviti lain2 tu klu ader program persatuan or MSD/embassy or jumpa kawan2 kat cni..

3 hari ni sibuk sket dgn persiapan n ma'rad itself. Kami2 yang isteri2 n student pompuan kena bahagian masak2, also jaga booth Malaysia.

Tengok je la gambar2 ni ye.. :)

Tengah wat persiapan la ni

Filling kuih ketayap n kasturi

Sementara tunggu perasmian, bleh la amik gambar dl.. nanti ramai orang lak

Dah rasmi... Ra'is Jami'ah disambut di booth Malaysia dengan paluan kompang

Ramai la orang datang..

Mana taknyer, booth ni la yang paling banyak pamer makanan.. he3, wat orang terliur sket

Malizia..

Model of the day

Ini la benda alahnya.. dok berkampung tu

Booth Pakistan

Booth Mesir n Tunis

Booth Armenia

Booth Palestin


Booth Chechn

Booth Bahrain.. (aku pening dengan bau2 yang asap tu)

Sebenarnya banyak lagi booth, tp okay la ni ye.. just untuk jamu mata..













Thursday, April 16, 2009

Dedikasi Teristimewa...

gambar lama - Family potrait 'raya '06'



"Selamat Hari Lahir abang..." i said - before 12am last nite
"I'd Milad Sa'id abi..." our princess in tummy said - all day as she wiggles around in her room

"Selamat Hari Jadi Amin..." our mom said - 5.35am this morning
"Selamat Hari Jadi..." along said - 3.32am this morning
"Happy Birthday abang..." our sisters (huda, deha, jiha) said - 6.30am this morning
"Selamat Hari Lahir..." our second brother said - 7.05pm this evening


SELAMAT HARI LAHIR KE 28..

buat insan yang kami sayang,

yang sentiasa dekat di hati sekalipun jarak jauh beribu batu,

doa kami sentiasa bersama,

moga ditetapkan iman dengan akidah yang teguh,

moga dikurniakan umur yang panjang dengan penuh keberkatan,

moga dimurahkan rezeki halal yang melimpah ruah,

moga dikurniakan zuriat yang soleh solehah,

moga dipermudahkan segala urusan kehidupan,

moga dikuatkan kaki untuk terus melangkah ke hadapan,

moga menjadi insan yang 'kaya' di dunia dan di akhirat,



doa kami sentiasa bersama,

kerana kami sayang insan itu.......

on our Sabah vacation
















Thursday, April 9, 2009

Qada' tag Ayu, pastu dpt pulak tag baru

Assalamualaikum wrt wbt..

Alamak! Kena tag ke?

Sebenar ada 2 tag yg perlu dijawab;
1) Dari Pn Suhayu Ekhwan (yg ni smpi naik reput tag tu, aku tak jwb2 gak… sori ayu.. ampun..)
2) Dari En Hyeree, bapak presiden PPMAJ

K la… meh nak jwb…

Tag 1 : From Ayu..
Direction: Once you've been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 16 people to be tagged, listing their names and why you choose them. Don't forget to leave them a comment or tag them in your note to read this.

Mak aiii byknyer… 16 tu… tawar bleh? He3

1) Seorang isteri kepada suami, seorang anak kepada ibu ayah, seorang menantu kepada mentua, seorang future ummi kpd future child, seorang kuli kepada majikan dan yg paling penting seorang hamba kepada Pencipta.

2) Anak bongsu dari 9 beradik. Aku ada sorang je kakak. Yang lain sume abang. Tp sume abg2 aku bole wat keje rmh, sbb mak dah train diorg dr kecik. Klu tak, sianla mak aku…

3) For this time being, aku dah ada 36 org anak buah n sorang cucu.. hu3.. dah tua dah.. anak buah sulung aku dah slamat dapat sorang putri aritu.. (paling kopak ms raya ar… tebal tu 'angpow' yg nk kena 'pow')

4) Alhamdulillah, aku ada 'teman sepanjang jalan' yg sgt setia, penyayang, memahami, penyabar, menjadi guru, teman, penghibur, tukang pujuk, n sume2 la… sempurna utk aku yg byk kekurangan ni, mdh2an kekal hgga ke syurga.. ameen…

5) Cepat tersentuh hati, nnt mata merah je tahan sebak. Tu kira cengeng ke? Ye la kot.

6) To be honest, aku susah nak puji orang, klu aku puji tu, maksudnya mmg betul2 superb la.. dan, aku juga ssh nak kutuk org, klu smpi aku kutuk or marah or lempar brg ke, maksudnya mmg superb punye teruk la tu. Aku pun tak tau sikap ni ok ke tak.. mgkn ok pd satu keadaan mgkn juga tak ok pd satu keadaan.. hmmm.. kena baiki kot..

7) Aku suke la sgt pd benda2 yg comel2, kiut2, kraf2 tu, n most important, hand made, not machine made ye… lm aku tak melayan benda2 ni, kat Jordan ni ssh nak cr bahan.. Balik mesia nnt la stat projek.. (tp hubby kater… takyah susah2, kita bli siap je.. tak pening kpl.. ho3, sbb klu aku sakit kepala hand sape plak nak kena urutkan…masalah gak tuh!)

8) Tak suke bg arahan, so aku tak suke jd bos.

9) Goal byk la sgt… seiring dgn masa dan usia… insyaAllah… doakan yg terbaik utk kami…

10) Suka jalan2, jauh perjalanan, luas pandangan… walaupun kdg2 selepas luas pandangan tu, terasa ciput je pandangan dlm wallet.. hu3

11) Aku tak suka sgt membaca. Membaca kerana perlu membaca atau membaca kerana aku rasa suke nak baca. Sebab tu aku bukan jenis yang layan novel or cerpen or sajak etc.. Aku lebih rela serabut dengan nombor berbanding huruf. Sebab tu aku takleh jd macam Pn Suhayu.. ada degree law.. he3, klu buka buku business law.. mcm ada bling2 je depan mata ni..

12) Aku tak brape pandai pilih baju bunga2, klu abstrak or plain its ok.. So, klu aku pki bj ada corak bunga2 kmgknn besar bkn aku yg pilih, sm ada hubby, mak, mak mentua, adik bradik or kwn2.

13) Aku ni extrovert n introvert combination. Sbb tu klu aku ckp aku suka outdoor activity rmi yg mcm confuse je. Yg jd batas, kebanyakan outdoor activity ni penuh dgn org lelaki, klu ade pompuan pun campur sana sini, tu yg terbantut hajat tu..

14) Aduhai… ape lg nk tulis nih..

15) Aku dah tak tau nk tulis ape lagi la ayu...

16) No. 14 n 15 pun fakta juge… he3… Mgkn byk lagi ttg aku yg aku sdiri tak prasan, mgkn2 kwn2 lbh tahu kot.. Xpe la, stakat tu je la dl, tp goal plg besar 'mati dlm akidah yang benar dan ada ruang di syurga nnt' ameen…

*Kali ni aku tak berhajat lg nak tag sape2, cumanya hopefully dgn tag ni makin eratkan ukhuwwah kita ye pn ayu… he3


Tag 2 : From Hyeree

1.anda rasa anda hot?
Tgh hot makan nasi goreng pedas nih..

2.upload gambar kegemaran anda?



3.kenapa anda suka gambar ini?
Sbb rindu nk makan kerang bakar

4.bila kali terakhir makan pizza?
Bila ye..? tahun lepas kot

5.lagu terakhir yang anda dengar?
Lagu yg hubby nyanyi, ciptaan sendrik, takde tajuk sbb tak masuk recording studio

6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Oooh… byk… tak terkata byknyer

7.selain name sendiri,anda suke dipanggil dgn nama apa?
Takleh kasi tau

8.tag lagi 6 org?
-Pn Nani
-En Zuhair
-En Saifullah
-Nazirah
-Pn Shiela
-Pn Jannah

9.siapa no.1 pada anda?
Kwn 1 matrik, 1 u, 1 rmh sewa, 1 jantina, 1 agama, hmm 1 ape lg ye..

10.org no.3 ada hubungan dgn sesiapa?
Mestila ada, klu xde camne nak idup

11.kata sesuatu mengenai org no.5?
Selamat membuat preparation menyambut orang baru!!!!

12.bagaimana pula org no.4?
Rajin study tu…

13.pesanan kpd no.6?
Nak order baju mcm Kyra bleh?

Wednesday, April 8, 2009

Catur

Percaturan hidup… ya, percaturan hidup…. itu yang aku ingin utarakan.

Siapa yang tahu? Anda tahu? Aku tak tahu… Kalau ada sesiapa yang boleh membuktikan dirinya tahu apa akan berlaku sesaat lagi, seminit lagi, sejam lagi dan seterusnya, ingin juga aku bertemu orang itu. Mungkin hebat orangnya. Tapi, wujudkah orang itu?

Hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Sama ada yang terzahir mahupun yang terselindung. Segalanya dalam penguasaanNya yang Maha Hebat…

Apa yang termampu dilakukan oleh hambaNya hanyalah berusaha, merancang dan melaksanakan sebaik mungkin. Sama ada perancangan itu menjadi atau tidak, itu juga persoalan yang subjektif. Andainya Allah mengizinkan, tentu sahaja perancangan itu berjaya, tetapi jika Allah menangguhkan, tentu juga perancangan itu akan pincang.

Kerana itu, sangat rugi jika mudah saja kita mendabik dada. Oh! Aku berjaya kerana aku adalah the best planner! Kerana aku rajin stay up, kerana aku sistematik, kerana aku begitu dan begini… tanpa pula disedari bahawa kejayaan tersebut hanya terjadi kerana dengan izinNya.. Wana'uzubillah… mudah2an kita tidak sombong begitu…

Apa yang ada hanyalah kejayaan sebagai hadiah dari Allah atas segala usaha yang dikerahkan. Mudah2an dengan kejayaan itu kita menjadi hamba yang lebih baik dan berkongsi pula kebaikan tersebut dengan orang lain…
to be continued... ada cerita yg ingin kami sampaikan... ;)

Tuesday, April 7, 2009

Masihkah punya waktu?

Assalamualaikum wrt wbt…

Acap kali juga aku bertanya pada diri sendiri, apakah masih ada esok untuk aku? Apakah masih ada ruang untuk aku memperbaiki diri sendiri? Apakah masih ada sisa umur yang dapat aku manfaatkan…?

Bertanya soalan2 ini pada diri, buat aku rasa kerdil lagi kecil… Siapalah aku untuk memastikan jawapannya. Andai kata ia semudah ABC, mungkin boleh juga aku rungkaikan selepas D ialah E. Tapi, nyatanya, segala percaturan hidup bukan kita yang menentukan. Hanya DIA yang Maha Tahu segalanya…

Aku dan suami suka bersembang hal2 ini. Kadang2 kami sama2 melapangkan bahu untuk meredakan esak tangis sendiri. Mudah2an ia menjadi muhasabah buat kami dan sentiasa berdoa mohon dipanjangkan usia dengan penuh keberkatan.

Kerana nyatanya, kami selalu juga bertanya, bekalan apa yang telah sedia untuk dipersembahkan di hadapan Rabbul Jalil… hmmm… jujur, aku tak punya jawapan untuk itu. Yang ada hanyalah, segugus doa yang berpanjangan moga diampunkan segala dosa, dan diterima segala apa yang diusahakan…

Sunday, April 5, 2009

Pindah rumah

Assalamualaikum wrt wbt…

Alhamdulillah setelah sekian lama memerapkan blog ni, at last diberi kekuatan juga untuk 'launch'kan.. ecewah, macam nak rasmi bangunan or pecah tanah pulak ye.

Sebenarnya blog ni dah lama wujud, tapi sgt2 la tak aktif. Saje suka2 nak explore je masa tu. Kononnya nak jadikan penghubung dengan hubby yang jauh di perantauan (masa tu aku kat Malaysia n hubby kat Jordan), tapi tinggal konon2 je. Sebabnya daripada panjang berjela menulis, aku lagi seronok bergayut kat telefon. Yang tak seronoknya bila akhir bulan nak bayar bil telefon jer..

Masa tu kononnya urusan untuk mengikut suami macam boleh settle cepat, we all pun decide tak masukkan internet kat rumah, kami mmg hang out 100% guna phone. So, just imagine berapa ratus duit yang habis menabung kat syrkt telefon setiap bulan. Bila tengok bil macam nak pengsan, tp bulan depan bergayut juga.. gitula penangan orang dok berasing.

Teringat kata2 sorang doctor. Masa tu rasa tak sihat, tapi still gi office. Masa lunch hour, gi la klinik yang terdekat. Bila mengadu sakit kepala, demam etc… doktor tu macam faham2 la pulak, tanya suami kat mana… he3… dengan sengih meleret cakapla suami kat Amman, Jordan. Speechless doktor tu. Sembang punye sembang, at last doktor tu kata, sebenarnya semua sakit kepala ni bukan sebab stress keje, tapi kalau suami balik confirm semuanya sihat.. Hi3… sengih lagi…

Pastu balik office, buat keje macam biasa, dan yang bestnya ubat tu jadi makanan peti ais je… tak sentuh pun… Ok ape… sebab dah dapat terapi nasihat dari doktor.. kira makan ubat la juga tu kan…

Lagi satu, aku ni pun bukan la sorang yang rajin sangat menulis. Senang cite bukan kategori yang pandai mengarang la… bersembang mungkin ok. Dulu masa zaman sekolah-sekolah, kadang2 suka juga buat sajak, tapi habis kat situ je sebab buat tu bukan totally because of interest. Just suka2 untuk isi masa. Kadang2 jeles juga tengok kawan2 rajin buat cerpen, siap boleh skrapkan hasil nukilan, n sometime buat lirik lagu lg. Tapi, dah mmg aku bukan type tu, nak wat camne kan…

Akhir kalam, insyaAllah, aku 'pindah rumah' dari friendster blog ke blogspot nih. Harap2nya rumah baru ni tak sepi dan sepah lg la.. J