Wednesday, July 28, 2010

Penat

Assalamualaikum wrt wbt


Sekian lama blog ini dibiarkan sepi. Banyak perkara, banyak cerita. Tapi tak ter'update' di sini. Kami agak kelelahan sebenarnya. Keluar dari sarang sebelum matahari muncul dan hanya akan sampai semula lewat petang setelah matahari berlabuh. Malam yang singkat terlalu padat rasanya dengan perkara-perkara yang perlu diselesaikan. Ada masanya kami terpaksa juga 'kunci' jam di tengah malam atau awal pagi untuk 'study'.


Bunyinya macam kelakar. Apalah yang kami nak study sangat tu. Berada dalam bidang akademik bukan semudah yang dijangka sebenarnya. Banyak perkara yang perlu diuruskan dengan baik. Sekalipun ada yang tidak sempurna, berusaha ke arah kesempurnaan itu penting.


Mana nak baca buku, mana nak cari maklumat tambahan, mana nak buat bahan dalam kelas, mana nak buat kajian. Ohoho... penatnya... What ever happen, Lillahi taala itu penting. Kami sentiasa berdoa moga Allah lorongkan jalan kemudahan untuk menempuh jalan sukar ini. Amin ya rabb...


Dalam kepenatan yang entah bila hujungnya, syukur tak terhingga bila emak banyak membantu. Terima kasih banyak-banyak mak! Tak terbalas rasanya segala jasa dan pengorbanan yang tak putus-putus ditaburkan buat kami...


Dan menatap wajah ini ketika kelelahan, ia adalah satu nikmat yang tak dapat dirungkai dengan kata-kata...




Sunday, June 6, 2010

BHY 296



Assalamualaikum wrt wbt...



Manusia ada memori dan ada juga sifat lupa. Tapi hari ini dan mungkin selagi nyawa dikandung badan, kami tak akan lupa satu peristiwa yang sama sekali tidak disangka bahawa kami lah yang terpilih. Terpilih oleh Allah untuk melalui satu lagi pelajaran kehidupan.



Lebih kurang seminggu sebelum itu, tiba-tiba datang satu cetusan yang mengetuk-ngetuk ruang fikiran. Sekarang kehidupan yang aku lalui seolah sudah 'sempurna'. Sempurna pada takrifan aku sendiri. Keluarga, kerjaya, kehidupan. Lalu, aku teringat masa-masa lepas yang boleh aku katakan 'kurang sempurna' itu. Kurang sempurna itu kami anggap sebagai ujian. Ruang fikiran yang masih waras ketika itu tiba-tiba bertanya, kenapa Allah biarkan aku tanpa ujian untuk tempoh yang agak panjang? Terasa kehidupan berjalan sehari-hari hanya seperti biasa. Alhamdulillah... Tapi bimbang juga jika itu satu teguran dari Allah.



Hari berganti hari, Jumaat penghulu hari pun tiba. Seperti biasa, aku di Shah Alam, abang di Nilai menjalankan tanggungjawab kerja masing-masing. Lunch hour hari Jumaat bagi orang perempuan memang terasa panjang. Memandangkan masih ada kerja yang belum selesai, aku isikan lunch hour hari itu dengan menyiapkan kerja-kerja yang banyak.



Selesai solat zohor, dan kira-kira orang lelaki selesai solat Jumaat, abang call. Suara abang macam biasa, tapi sedikit cemas. "Kereta abang hilang". Aku terima berita itu dengan rasa yang tenang dan yakin abang cuma tersalah parking. Siap bagi masa suruh abang cari lagi. Aku masih tenang meneruskan kerja-kerja yang ada.



Abang telefon lagi. Kali ini serius dan bukan tersalah lagi. Gementar juga dibuatnya. Bincang dengan tenang dan fikir apa yang perlu dibuat. Buat laporan polis. Aku dari Shah Alam balik ke Kapar untuk ambil geran kereta. Cari sampai berpeluh+kelaparan, geran tak jumpa! Sah ada dalam kereta yang hilang.



Confirm tak jumpa, aku terus pecut ke Nilai. Pening + lapar + hati yang remuk. Jumpa abang kat office, abang senyum lebar, aku pun sengih je, sebab kereta dah hilang. Sebenarnya tak tau nak buat ekspresi macamana. Takkan nak mengamuk.



Report dah buat. So, pusing-pusing je kawasan sekitar, kot-kot la boleh jumpa kereta semula. Dah lapar sangat. Aku ajak abang gi Auntie's Ann. Hati remuk punya pasal, abang kata makan la apa yang aku nak makan. Buka buku menu, order ini, itu, ini dan itu. Kalaulah orang tahu yang kereta kami baru je hilang beberapa jam yang lalu, mesti diorang tak percaya kami masih boleh lagi makan dengan berselera ~ ubat hati yang luka.



Makan sambil bincang, bincang sambil makan. Selesai, kami cari masjid, solat maghrib. Syifa' masih di rumah pengasuh. Oh! kesiannya anak dara nan seorang tu. Sampai rumah, dah 9.30 malam. Abang Musa dan kelas Al-Quran nya buat bacaan Surah Yaasin mohon dipermudahkan segala urusan.



Sms dan panggilan yang bertali arus tak larat nak jawab dah. Selesai semuanya, sebelum melelapkan mata, aku yakinkan abang sekalipun hati terasa pedih, tapi tenang ku melebihi kesakitan yang aku rasai. Abang begitu juga. Biarlah kereta tu hilang, tapi aku masih ada suami yang selamat dan setia di sisi ku. Alhamdulillah.



Pencuri itu tentu berbangga, dia bukan sahaja dapat mencuri kereta malah dia juga dapat melarikan kitab-kitab abang, koleksi cd education untuk syifa', cd2 penting abang, 1 beg pakaian, blazer yang sangat abang suka, seutas rantai tangan yang dibeli menggunakan duit mahar, kamera dan yang lebih parah, hampir semua dokumen penting.



Pelik kan! Banyak sangat benda dalam kereta. Kami baru berpindah rumah dari Sabak Bernam ke Kapar. So, mmg banyak benda yang masih belum terkemas rapi. Termasuklah fail dokumen2 penting yang memang di'stor'kan dalam kereta. Pengajaran - kereta bukannya stor apatah lagi safety box. Bila kereta hilang, mati kutu dibuatnya.



Selang 3 minggu, dokumen-dokumen penting tu ditemui semula. Lokasi = Tandas restoran jejantas Sg Buloh. Cleaner yang call kami. Dengan penemuan tersebut, satu lagi kesimpulan dapat dibuat, pencuri tersebut bukan calang-calang orang, sangat profesional dan teliti. Dokumen-dokumen tu telah dikumpulkan dengan teliti dari fail yang berbeza. Semua yang penting dipulangkan termasuk al-Quran, tasbih dan kunci rumah abang. Key chain benda yang tak penting - tidak dipulangkan.



Ksimpulan, sesuai ditulis dalam resume pencuri tu - pencuri kereta profesional dan bakal penghuni neraka.



Alhamdulillah, ujian itu menguntumkan bunga-bunga cinta yang lebih mekar terhadap Mu Ya Allah. Engkau Maha Tahu setakat mana kemampuan hamba Mu. Lindungilah kami dari ujian yang tidak tertanggung. Hanya pada Mu tempat kami berserah..

Saturday, May 8, 2010

Sesuatu

Assalamualaikum wrt wbt..

Banyak 'sesuatu' yang berlaku. Tidak sempat merakamkannya di sini. Manis ada, pahit ada, payau pun ada.

Alhamdulillah Nurussyifa' semakin membesar. Nurussyifa' dah 9 bulan 9 hari.

Pencapaian terkini, berdiri di tepi meja dengan sebelah tangan.
Sangat suka mandi.
Pantang umi atau abi buka laptop, dia mesti nak menaip sama, nak membaca buku atau 'marking' di rumah, lupakan saja.
Syifa' sangat suka kertas dan buku (yang umi atau abi pegang, lagi dia suka).
Suka main mata.
Suka muncungkan mulut - nenek kata boleh sangkut hanger.
Ada 2 batang gigi.
Menangis cara paling berkesan bila berkehendakkan sesuatu.
Memanggil umi dan abi dengan panggilan 'amme'.
Jelas bila memanggil 'embah' - nenek dalam bahasa jawa.
'Mam' maksudnya makan, 'nen' maksudnya susu.
Sangat emosi pada waktu petang - tunggu umi yang lambat ambil di rumah pengasuh - janganlah dipanggil namanya, mesti Syifa' akan sedih.
Happy dapat masuk kereta balik dari rumah pengasuh. Bye2 dengan 2 tangan serentak.
Suka panjat umi dan abi.
Minum menggunakan straw.
Makan nasi bubur+ayam/ikan+carrot+sayur hijau+butter+ikan bilis goreng tumbuk sikit.
Bangun tidur tanpa umi dan abi di sebelah, tempat pertama yang dituju pasti dapur. Agaknya Syifa' fikir umi sentiasa di dapur kot.
Lumba merangkak dengan abi.
Suka ketawa dengan lawak abi. Lawak umi tak kelakar, Syifa' cuma sengih nak ambil hati umi.
Nak tidur cari umi, itupun sebab nak menyusu, lepas kenyang, peluk lengan abi.
Main dengan abi lebih seronok dari main dengan umi.

Alhamdulillah, permata hati yang sekian lama dinantikan membesar dengan sihat. Umi dan abi sentiasa berdoa, moga naungan kasih sayang dan redha (EA grznbb v fgkgykglkjhkjghtg bnrfm tgff -maaf, gangguan dari Syifa') Allah sentiasa bersama-sama Syifa', membesar menjadi anak solehah, bijak, berakhlak mulia, cintakan ilmu, ditetapkan iman, dilindungi dari sebarang bahaya, musibah dan kecacatan, dipermudahkan urusan hidupnya, di dunia dan akhirat. Amin..

Rasanya itu 'sesuatu' yang paling manis, yang pahit dan payau cerita kemudian sajalah, cerita pahit dan payau tu pun dah agak basi sebenarnya.

Thursday, January 21, 2010

Friday, November 20, 2009

Berhabuk-habuk...

Assalamualaikum wrt wbt..



uhuk2.. batuk! penat membersihkan sawang, habuk dan serangga-serangga kecil yang bersarang di sini. Blog yang sepatutnya menjadi semakin meriah bertukar sunyi sepi pula ye.. Kekangan-kekangan yang ada kerap menjadi penghalang. Ah! alasan saja... >_<

Wednesday, July 15, 2009

Kongsi - part 1

Assalamualaikum wrt wbt...



Lama juga tak menjengah dan menulis sesuatu di sini. Bila buka blog, ada pula pesanan dan doa dari Ustaz Asyraff di shoutbox. Terima kasih kerana mendoakan, mudah2an setiap urusan yang dikerjakan berjalan dengan mudah dan diberkati. Tentang permintaan tips untuk bakal pengantin pula, benar-benar buat saya rasa teruja. Bukanlah bijak pandai sangat dalam bab2 memberi tips ni, tapi sekadar perkongsian pengalaman hidup yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama. Lebih2 lagi dengarnya Ustaz Asyraff juga akan melalui fasa "perkahwinan jarak jauh" nanti.



Bila 2 insan yang berlainan jantina, latar belakang, profil pendidikan, gaya hidup, keluarga dan banyak lagi perkara disatukan, tentu ia bukan kerja mudah untuk difahami. Sepuluh tahun berkawan takkan sama pengalamannya dengan sehari usia perkahwinan. Dengan ikatan suci itulah sebenarnya detik pertama mengenali pasangan yang sebenar. Sikap dan tabiat sebenar yang disembunyikan akan terzahir. Mungkin ada yang memeranjatkan dan mungkin juga melucukan... :)

Antara tips yang boleh dikongsikan;

1) Redha, berserah dan tawakkal kepada Allah.
Memilih si dia sebagai teman hidup bukan percaturan hidup sehari dua. Biarlah ianya kekal hingga ke akhir hayat, bahagia di dunia dan akhirat. Oleh itu, terimalah pasangan dengan rasa redha, lapang dada dan selebihnya bertawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan 'dia' menjadi insan terbaik yang setia berdamping selamanya. Mustahil untuk mencari dan mendapatkan seseorang yang sempurna serba serbi. Mungkin 'dia' cantik, tetapi 'terlebih peramah' pula. Mungkin 'dia' pernah menjadi A+ student, tetapi urusan dapur bukan pula kepandaiannya. Jadi, masing2 perlu terima seadanya dan baiki kekurangan yang ada hari demi hari.

2) Suami sebagai pelindung.
Pernah juga saya mendengar isteri lebih berani dari suami. Bahasa mudahnya, dapat suami pengecut. Biasanya isteri akan berharap agar adanya lelaki di samping adalah untuk melindunginya dari banyak perkara yang tidak diingini. Isteri yang merasa dilindungi akan lebih selesa dan selamat. Oleh itu, kalau ada suami-suami atau bakal-bakal suami yang pengecut tak kena tempat, baikilah kelemahan itu. Bukan apa, bimbang juga nanti kalau isteri sahaja yang berani, si isteri akan menjadi big boss dan rasa meluat dengan pasangan.

3) Isteri sebagai penyejuk hati.
Marah, penat, sakit hati etc... tapi bila balik ke rumah, berjumpa dengan isteri yang tercinta, perasaan itu hilang dan bertukar menjadi damai. Congratulation! anda isteri yang mendamaikan. Tapi kalau sebaliknya, carilah di mana silapnya dan baiki..

4) Sentiasa memaafkan.
Sedangkan lidah lagikan tergigit ini pula suami isteri. Kalau berselisih faham, jangan menunggu terlalu lama. 3 hari pun sudah tersangat sangat sangat sangat lama. Mungkin letakkan limit setakat 3 jam. Lapangkan dada dan memaafkan. Siapa dulu minta maaf janganlah diambil kisah sangat, memohon maaf bukan beerti kalah, tetapi menang kerana dengan kemaafan itu, berguling2 syaitan menangis kerana tak berjaya membuatkan pasangan suami isteri terus bergaduh..

5) Beri penghargaan.
Penghargaan bukan dinilai dengan mahal atau murahnya hadiah. Bukan juga semestinya barang yang boleh dilihat dan disentuh, tetapi dengan mengucapkan terima kasih atas setiap bantuan yang pasangan hulurkan sudah cukup menghiburkan hati.
"Terima kasih gosokkan baju..."
"Terima kasih masak hari ni... Sedap betul!"
"Terima kasih kemaskan rumah..."

Tapi, kalau asyik berterima kasih tak best juga. Sekali sekala berilah sesuatu yang berbentuk barang. Lagi menarik kalau hadiah tu surprise...

Satu lagi, jangan kedekut untuk memuji... Kalau isteri masak sedap, ikhlaslah memujinya. Lepas tu mesti isteri akan memasak dengan lebih sedap lagi. Dapat semangat.

....

....

....

....

Ada banyak lagi yang boleh dikongsikan, jumpa lagi di lain episod... :)

Monday, June 29, 2009

Alhamdulillah... Cepat2 balik ye.. ;)

Assalamualaikum wrt wbt...

Mendengar khabar perkembangan tesis dari hubby benar2 buat aku rasa lega. Alhamdulillah, proses editing oleh supervisornya telah selesai. Seterusnya hubby perlu menyusun semula dan boleh la dihantar kepada panel semasa munaqasyah (viva) nanti. Mudah2an najah semuanya dan dapat pulang ke Malaysia seawal yang mungkin...