Sunday, June 6, 2010

BHY 296



Assalamualaikum wrt wbt...



Manusia ada memori dan ada juga sifat lupa. Tapi hari ini dan mungkin selagi nyawa dikandung badan, kami tak akan lupa satu peristiwa yang sama sekali tidak disangka bahawa kami lah yang terpilih. Terpilih oleh Allah untuk melalui satu lagi pelajaran kehidupan.



Lebih kurang seminggu sebelum itu, tiba-tiba datang satu cetusan yang mengetuk-ngetuk ruang fikiran. Sekarang kehidupan yang aku lalui seolah sudah 'sempurna'. Sempurna pada takrifan aku sendiri. Keluarga, kerjaya, kehidupan. Lalu, aku teringat masa-masa lepas yang boleh aku katakan 'kurang sempurna' itu. Kurang sempurna itu kami anggap sebagai ujian. Ruang fikiran yang masih waras ketika itu tiba-tiba bertanya, kenapa Allah biarkan aku tanpa ujian untuk tempoh yang agak panjang? Terasa kehidupan berjalan sehari-hari hanya seperti biasa. Alhamdulillah... Tapi bimbang juga jika itu satu teguran dari Allah.



Hari berganti hari, Jumaat penghulu hari pun tiba. Seperti biasa, aku di Shah Alam, abang di Nilai menjalankan tanggungjawab kerja masing-masing. Lunch hour hari Jumaat bagi orang perempuan memang terasa panjang. Memandangkan masih ada kerja yang belum selesai, aku isikan lunch hour hari itu dengan menyiapkan kerja-kerja yang banyak.



Selesai solat zohor, dan kira-kira orang lelaki selesai solat Jumaat, abang call. Suara abang macam biasa, tapi sedikit cemas. "Kereta abang hilang". Aku terima berita itu dengan rasa yang tenang dan yakin abang cuma tersalah parking. Siap bagi masa suruh abang cari lagi. Aku masih tenang meneruskan kerja-kerja yang ada.



Abang telefon lagi. Kali ini serius dan bukan tersalah lagi. Gementar juga dibuatnya. Bincang dengan tenang dan fikir apa yang perlu dibuat. Buat laporan polis. Aku dari Shah Alam balik ke Kapar untuk ambil geran kereta. Cari sampai berpeluh+kelaparan, geran tak jumpa! Sah ada dalam kereta yang hilang.



Confirm tak jumpa, aku terus pecut ke Nilai. Pening + lapar + hati yang remuk. Jumpa abang kat office, abang senyum lebar, aku pun sengih je, sebab kereta dah hilang. Sebenarnya tak tau nak buat ekspresi macamana. Takkan nak mengamuk.



Report dah buat. So, pusing-pusing je kawasan sekitar, kot-kot la boleh jumpa kereta semula. Dah lapar sangat. Aku ajak abang gi Auntie's Ann. Hati remuk punya pasal, abang kata makan la apa yang aku nak makan. Buka buku menu, order ini, itu, ini dan itu. Kalaulah orang tahu yang kereta kami baru je hilang beberapa jam yang lalu, mesti diorang tak percaya kami masih boleh lagi makan dengan berselera ~ ubat hati yang luka.



Makan sambil bincang, bincang sambil makan. Selesai, kami cari masjid, solat maghrib. Syifa' masih di rumah pengasuh. Oh! kesiannya anak dara nan seorang tu. Sampai rumah, dah 9.30 malam. Abang Musa dan kelas Al-Quran nya buat bacaan Surah Yaasin mohon dipermudahkan segala urusan.



Sms dan panggilan yang bertali arus tak larat nak jawab dah. Selesai semuanya, sebelum melelapkan mata, aku yakinkan abang sekalipun hati terasa pedih, tapi tenang ku melebihi kesakitan yang aku rasai. Abang begitu juga. Biarlah kereta tu hilang, tapi aku masih ada suami yang selamat dan setia di sisi ku. Alhamdulillah.



Pencuri itu tentu berbangga, dia bukan sahaja dapat mencuri kereta malah dia juga dapat melarikan kitab-kitab abang, koleksi cd education untuk syifa', cd2 penting abang, 1 beg pakaian, blazer yang sangat abang suka, seutas rantai tangan yang dibeli menggunakan duit mahar, kamera dan yang lebih parah, hampir semua dokumen penting.



Pelik kan! Banyak sangat benda dalam kereta. Kami baru berpindah rumah dari Sabak Bernam ke Kapar. So, mmg banyak benda yang masih belum terkemas rapi. Termasuklah fail dokumen2 penting yang memang di'stor'kan dalam kereta. Pengajaran - kereta bukannya stor apatah lagi safety box. Bila kereta hilang, mati kutu dibuatnya.



Selang 3 minggu, dokumen-dokumen penting tu ditemui semula. Lokasi = Tandas restoran jejantas Sg Buloh. Cleaner yang call kami. Dengan penemuan tersebut, satu lagi kesimpulan dapat dibuat, pencuri tersebut bukan calang-calang orang, sangat profesional dan teliti. Dokumen-dokumen tu telah dikumpulkan dengan teliti dari fail yang berbeza. Semua yang penting dipulangkan termasuk al-Quran, tasbih dan kunci rumah abang. Key chain benda yang tak penting - tidak dipulangkan.



Ksimpulan, sesuai ditulis dalam resume pencuri tu - pencuri kereta profesional dan bakal penghuni neraka.



Alhamdulillah, ujian itu menguntumkan bunga-bunga cinta yang lebih mekar terhadap Mu Ya Allah. Engkau Maha Tahu setakat mana kemampuan hamba Mu. Lindungilah kami dari ujian yang tidak tertanggung. Hanya pada Mu tempat kami berserah..

2 comments:

  1. semoga tabah di atas ujian ini..innallaha ma'as sobirin. ingatlah,setiap apa yg berlaku ada hikmahnya supaya kita sentiasa muhasabah diri.

    ReplyDelete
  2. semoga tabah dan terus tabah atas segala ujian dariNya.

    ReplyDelete