Assalamualaikum wrt wbt..
Lama tak menulis kat blog ni. Ada sesiapa yang ternanti-nanti ke? Sure takde, sebab bukan blog popular pun.. he3. Hubby ternanti2 new post ke? Tak kot, sebab hari2 cakap kat phone (mengulang sejarah lama, hu3).
Alhamdulillah dah selamat sampai di tanah air sendiri. Malaysia. Tapi, to be honest, nak kata seronok sgt tak la juga. Balik sorang.. klu dengan hubby mesti lagi best. Tapi takpela, alhamdulillah.. dapat jumpa keluarga yang dirindui.
Flite 5/6/09 hari tu smpi kat KLIA lewat sikit. Jadi, family tunggu agak lama juga kat luar. Selesai amik bagasi n solat jama' taqdim zohor+asar, kami keluar tengok, rasanya mmg tinggal 2 family yang sedang menunggu. Family aku n family ain. Kesian diorg tunggu lama. Sori...
On the way balik rumah mak, singgah kat RnR Dengkil makan sate kajang jap. Siap makan n tapau2 utk anak2 buah yang kat rumah, kami balik dengan perut yang kenyang. Sampai kampung lebih kurang pukul 6 ptg. Mak mentua call. Aku pun masa tu baru nak type sms nak bgtau hubby dah selamat sampai kg. Sembang2 dengan mak mentua n mak, masuk waktu maghrib.
Alhamdulillah, aku sihat2 je sepanjang perjalanan balik. Cuma biasa la, kaki bengkak sikit sebab lama duduk kat flite. Nak berjalan ke sana sini pun, nak ke mana.. Perjalanan dari Amman ke Dubai tak la boring sangat sebab cuma 3 jam n dok bersembang dengan kakak n pakcik arab yang dok kiri kanan aku. Anak kakak arab tu comelllllllll sgt3! Perempuan, Layyan namanya. Rambut coklat, bulu mata lentik, anak mata warna biru, hidung terpacak, bijak n tak takut orang pulak tu. Memang melayan dia saje la masa tu. Pakcik arab kat sebelah pulak tak putus2 cakap, insyaAllah.. nnt engkau akan dapat anak secantik dan sebijak Layyan. Aminnnn... aku tak putus pula mengaminkannya.
Perkenalan singkat dalam flite tu tentu saja memberi kenangan yang manis. Berkenalan dengan si kecil Layyan yang sangat bijak ditambah pula dengan hadiah pemberian pakcik arab tu. Dia hadiahkan baby dalam perut minyak wangi for kids! Pakcik tu beli free duty stuff dlm flite. Tak sangka betul. Rezeki baby... :)
Sampai Malaysia petang jumaat, petang sabtunya aku dah ke rumah mak mentua. Buat pertama kali menatap secara live anak buah baru - Kamaliah Zahirah. Dah semakin bulat! Comel sgt2.
Hari Ahad pulak, kemas2 barang n hantar kereta g carwash. Mesti settlekan hari tu juga, sebab by Monday dah sibuk.
Isnin, pagi2 dah keluar ke Putrajaya. Lapor diri kat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPTM. Pegawai yang sepatutnya aku berurusan cuti pula. Jumpa pegawai lain dan terpaksa menunggu lama sebab masa tu tgh ada pendaftaran utk staf skim pekerja sangkutan (if i'm not mistaken). Akhirnya selesai juga sekitar pukul 1ptg. Tapi surat secara rasmi yg menyatakan aku dah selamat melapor diri tak dapat dikeluarkan lagi. Diorg akan terus fax ke politeknik saja nanti.
Berkejar pula balik ke Klang. Ada appointment dengan doktor di DEMC Shah Alam pula. Gitu gini, gitu gini, selesai juga semua urusan hari Isnin n smpi rumah maghrib.
Selasa, drive ke Sabak Bernam pula. Melapor diri lagi. Sementara urusan masuk rumah kuaters selesai, aku menumpang dulu di rumah salah seorang kawan kat cni. Alhamdulillah, lega rasanya dapat kuaters. Aku mmg cukup malas nak cari n sewa rumah di luar. Lagi leceh. At least, bila dok kuaters ni, barang2 besar dah takyah susah2 fikir camne nak pindah. Dah tersedia.
Tapi bila check rumah tu, aduhai... katil master bedroom dah patah la pulak, tombol pintu utama takleh kunci, etc. Sekarang ni pun tak dapat masuk rumah lagi, banyak benda yang technician kena baiki dulu. Aku pun malas nak tengok benda2 rosak depan mata. Tunggu je la technician baiki.
Perancangan asal aku perlu berkursus selama 2 minggu ditangguhkan. Pegawai yang incharge tu tak bagi aku g walaupun macam dah pujuk2 la juga. Sebabnya ada kes nak 'terbersalin' masa kursus berlangsung. Terus diorg buat 'qarar' baru tak bagi pegawai yang mengandung 7bln++ g kursus tu. Diorg tak nak amik risiko katanya.
Memula tu macam frust la juga. Sebab antara faktor balik Malaysia awal sebab nak attend kursus tu. Tapi takpela, mgkn belum masanya, dan yang paling penting mesti ada hikmah yang terlalu besar yang Allah tetapkan.
Walaupun tak dapat attend kursus, aku dapat balik dengan selamat dan berteman. Mmg macamana sekalipun, aku perlu balik awal n sorang, sebab kalau lambat2 nanti tak boleh naik flite pulak.
Pastu, dapat dok kuaters. Hari tu masa call2 politeknik tanya status kuaters, katanya tak perlu nak dirisaukan sangat. Sebab bulan 6, bulan 'transfer mengtransfer'. Ramai yang minta pindah. So, kuaters akan lengang. Tapi nak ditakdirkan, proses transfer dibekukan sementara waktu, JPPKK tengah buat reshuffle utk peg2 gred 44 n 48. Maka adanya, kuaters tak lengang ler.. Sume tak dapat pindah. Alhamdulillah balik awal. Settle pasal rumah.
Sekarang ni, student tengah cuti sem. Lega sangat2. Tak la balik2 trus kelam kabut masuk kelas. Sempat buat banyak preparation n baca apa2 yang patut. Dengan course baru yang ditawarkan, aku perlu banyak study juga ni. Sem akan datang ni, masuk student2 first batch untuk Diploma Islamic Banking. Teruja!.
Hari Jumaat mggu lepas, rasa macam tak sihat. Mcm demam, batuk n selsema. So surprise bila g klinik, aku kena asing masuk bilik saringan H1N1, gara2 aku bgtau baru balik dari oversea. Kecoh betul masa tu. Malu pun ade. Tapi redha je la. Tunggu punya la lama dalam bilik saringan tu. Alih2 nurse datang dengan baju ala2 angkasawan. Mak aiii... aku sengih je la. Dalam hati, berdebar juga, selawat banyak2 jadi penenang. Alhamdulillah, lps melalui soal siasat termasukla check flite no. (nak confirmkan flite yg aku naik ari tu ada kes ke tak), akhirnya aku terlepas. Kawan2 kat ofis dok pakat gelak dapat tau cite ni. Mana taknya, diorg sume tentu la ade close contact dengan aku. Klu aku terkena, dengan diorg2 sume kena kuarantin gak - na'uzubillah..
Then, minggu ni aku g pulak ke klinik yang sama tapi untuk urusan buat kad pink (buku rawatan ibu mengandung). Smpi je klinik, nurse2 kat situ pakat tanya aku nak buat susulan pasal H1N1 ke? Sume dah kenal muka aku. Aduhai... aku cakap, "bukan2!, saya dah sihat, saya dtg ni sebab nak buat pregnancy check up" - hmmm... jadi cerita betul la...
Buat pregnancy check up kat Malaysia mmg la sgt2 detail. Lebih2 lagi dengan usia kandungan 33 mggu++ n xde rekod pulak tu. Sampai klinik sekitar pukul 11.15pg, pukul 2.45ptg baru dapat balik. Bayangkanla betapa banyaknya proses. Itu takde que2 ek... mmg datang n trus buat sume2 prosedur. Doktor yang buka report dari Jordan siap tanya lagi, "ooo ni je? simplenya?" Yup, mmg simple je check up kat Jordan. Tapi yang bestnya setiap kali jumpa doktor, mesti doktor scan perut. Kat Malaysia tak camtu. Scan hanya utk masa dan keadaan yang tertentu je. Lain negara, lainla polisinya...
Disebabkan rawatan yang detail sangat tu (aku kena follow juga rawatan macam org yang baru sebulan 2 mengandung) aku telah termiss 1 appointment hari ni. Sepatutnya aku kena puasa n g buat check up for diabetes. Tapi dengan seronoknya aku sarapan pagi. Mmg tak sedar langsung.
Ntah kenapa, hari yang sepatutnya Khamis ni, aku sangkakan baru hari Rabu. Hmmm teruk betul. Mungkin sebab tak puas hati kenapa kena diabetes test kot. Tu yang jadi trus tak ingat hari. Diabetes test tu bukan sebab kandungan gula berlebihan dalam darah. Alhamdulillah dengan blood test yang dibuat, kandungan gula dalam darah aku normal je. Tapi, diabetes test tu dibuat sebab medical family history. Emak ada diabetes, n satu lagi sebab aku pernah misscarriage. Aku pun tak tau apa kena mengena misscarriage yang lepas dengan diabetes.
Cuma, yang pasti, sistem perubatan kat Malaysia sangat2 la detail. Banyak benda yang diorg nak tahu. Mungkin juga satu keistimewaan kepada org2 yang mengandung kerana mendapat perhatian yang sangat mendalam + nurse2 n doktor yang baik2 + rawatan n supplement free...
Last but not least, this coming Saturday, aku nak settlekan sume barang2 keperluan baby n aku sendiri. Seronoknya kalau dapat shopping berdua.... ;(
p/s : Abang, baby bisik tadi "abi jaga diri baik2 ye, kami doakan abi mudah dalam semua urusan, insyaAllah, abi mesti sempat sambut, azan iqamah dan tahnik saya masa lahir nanti... Saaaaayang abi"
salam...
ReplyDeletehuhu..
akhirnya..
ada juga entry terbaru.. ternanti-nanti jugalah kan.. kih3x..
tp maaflah aku tak sempat abis baca, sbb sibuk nak packing brg sok dah nk berjaulah ke turkey! tp sedih je bunyi pesanan akhir di bawah post tu.. (aku baca atas dan bawah je, tengah scape jap..hiii)
take cr!
salam,
ReplyDeletewahhh, selamat sampai dah. alhamdulillah.
bersalin kat DEMC Shah Alam? nanti dah bersalin bgtahu akak. dekat jer dgn umah mak akak tu.
017-6402245
wasalam
salam, puan sihat ke?
ReplyDeletewow kt psis ada course islamic banking.hehe.
lama tak update, tak sabar nk tgk bby.
takce care.
to bayt amzar : he3, tunggu2 gak ek.. alhamdulillah buku tu dah pos, tp baju kak shila n anak lom deal lagi nak bagi camne
ReplyDeleteamboi seronoknya g turkey... kitorg yg tak dpt ke sana lagi.. he3, nnt upload gambar byk2 ye
to Ilyana Ar Razi : alhamdulillah akak, dah selamat sampai.. insyaAllah bercadang nak bersalin kat DEMC, mmg dekatla dengan rumah mak akak, insyaAllah bersalin nanti kami bgtau.. :)
ReplyDeleteto nazliahnazeer : alhamdulillah.. saya sihat.. :), yup, sesi julai/09 ni start la course baru tu, berminat? boleh gak masuk skali lagi, wat second dip, :)
ReplyDeletewaa ara, panjang nye citer...yelah lama tak update..kita pun doakan ara semoga selamat lahirkan baby nanti......bersalin bagitau tau...muaahh skit kat ara...hihi
ReplyDeletehahaha.. baru baca..lama sangat tak bukak laptop.. huhu.. wah.. siannye.. xpe.. jap lg ust muhaimin blk, ade la teman.. huhu
ReplyDeleteperghh gila lama x jengah hehee... myra nok ado adik dohhhh hehehe
ReplyDelete