Wednesday, July 15, 2009

Kongsi - part 1

Assalamualaikum wrt wbt...



Lama juga tak menjengah dan menulis sesuatu di sini. Bila buka blog, ada pula pesanan dan doa dari Ustaz Asyraff di shoutbox. Terima kasih kerana mendoakan, mudah2an setiap urusan yang dikerjakan berjalan dengan mudah dan diberkati. Tentang permintaan tips untuk bakal pengantin pula, benar-benar buat saya rasa teruja. Bukanlah bijak pandai sangat dalam bab2 memberi tips ni, tapi sekadar perkongsian pengalaman hidup yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama. Lebih2 lagi dengarnya Ustaz Asyraff juga akan melalui fasa "perkahwinan jarak jauh" nanti.



Bila 2 insan yang berlainan jantina, latar belakang, profil pendidikan, gaya hidup, keluarga dan banyak lagi perkara disatukan, tentu ia bukan kerja mudah untuk difahami. Sepuluh tahun berkawan takkan sama pengalamannya dengan sehari usia perkahwinan. Dengan ikatan suci itulah sebenarnya detik pertama mengenali pasangan yang sebenar. Sikap dan tabiat sebenar yang disembunyikan akan terzahir. Mungkin ada yang memeranjatkan dan mungkin juga melucukan... :)

Antara tips yang boleh dikongsikan;

1) Redha, berserah dan tawakkal kepada Allah.
Memilih si dia sebagai teman hidup bukan percaturan hidup sehari dua. Biarlah ianya kekal hingga ke akhir hayat, bahagia di dunia dan akhirat. Oleh itu, terimalah pasangan dengan rasa redha, lapang dada dan selebihnya bertawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan 'dia' menjadi insan terbaik yang setia berdamping selamanya. Mustahil untuk mencari dan mendapatkan seseorang yang sempurna serba serbi. Mungkin 'dia' cantik, tetapi 'terlebih peramah' pula. Mungkin 'dia' pernah menjadi A+ student, tetapi urusan dapur bukan pula kepandaiannya. Jadi, masing2 perlu terima seadanya dan baiki kekurangan yang ada hari demi hari.

2) Suami sebagai pelindung.
Pernah juga saya mendengar isteri lebih berani dari suami. Bahasa mudahnya, dapat suami pengecut. Biasanya isteri akan berharap agar adanya lelaki di samping adalah untuk melindunginya dari banyak perkara yang tidak diingini. Isteri yang merasa dilindungi akan lebih selesa dan selamat. Oleh itu, kalau ada suami-suami atau bakal-bakal suami yang pengecut tak kena tempat, baikilah kelemahan itu. Bukan apa, bimbang juga nanti kalau isteri sahaja yang berani, si isteri akan menjadi big boss dan rasa meluat dengan pasangan.

3) Isteri sebagai penyejuk hati.
Marah, penat, sakit hati etc... tapi bila balik ke rumah, berjumpa dengan isteri yang tercinta, perasaan itu hilang dan bertukar menjadi damai. Congratulation! anda isteri yang mendamaikan. Tapi kalau sebaliknya, carilah di mana silapnya dan baiki..

4) Sentiasa memaafkan.
Sedangkan lidah lagikan tergigit ini pula suami isteri. Kalau berselisih faham, jangan menunggu terlalu lama. 3 hari pun sudah tersangat sangat sangat sangat lama. Mungkin letakkan limit setakat 3 jam. Lapangkan dada dan memaafkan. Siapa dulu minta maaf janganlah diambil kisah sangat, memohon maaf bukan beerti kalah, tetapi menang kerana dengan kemaafan itu, berguling2 syaitan menangis kerana tak berjaya membuatkan pasangan suami isteri terus bergaduh..

5) Beri penghargaan.
Penghargaan bukan dinilai dengan mahal atau murahnya hadiah. Bukan juga semestinya barang yang boleh dilihat dan disentuh, tetapi dengan mengucapkan terima kasih atas setiap bantuan yang pasangan hulurkan sudah cukup menghiburkan hati.
"Terima kasih gosokkan baju..."
"Terima kasih masak hari ni... Sedap betul!"
"Terima kasih kemaskan rumah..."

Tapi, kalau asyik berterima kasih tak best juga. Sekali sekala berilah sesuatu yang berbentuk barang. Lagi menarik kalau hadiah tu surprise...

Satu lagi, jangan kedekut untuk memuji... Kalau isteri masak sedap, ikhlaslah memujinya. Lepas tu mesti isteri akan memasak dengan lebih sedap lagi. Dapat semangat.

....

....

....

....

Ada banyak lagi yang boleh dikongsikan, jumpa lagi di lain episod... :)